Header Ads

ads header

Flash News

Selepas Bersatu, Azmin didakwa akan sertai Gerakan pula


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dijangka akan menyertai Parti Gerakan dalam masa terdekat, lapor Utusan Malaysia.

Laporan yang memetik sumber itu mendakwa Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu mengambil langkah berkenaan berikutan pergeseran beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang semakin meruncing berikutan tersebar video aksi intim yang dikaitkan dengan Mohamed Azmin.
Dilaporkan Ahli Parlimen Gombak itu masih berbincang dengan kepimpinan Parti Gerakan berhubung perkara itu.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, Parti Gerakan mengumumkan keluar dari Barisan Nasional (BN) dan sehingga kini belum menyertai mana-mana gabungan.

Sebelum ini, tersebar mesej menerusi aplikasi WhatsApp kononnya Mohamed Azmin akan membawa 10 pemimpin PKR menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam masa terdekat.

Namun, setiausaha politiknya Hilman Idham menafikan perkara berkenaan dan menyifatkan cakap-cakap bahawa Menteri Azmin akan meninggalkan PKR merupakan satu fitnah yang dilakukan oleh mereka yang kalah.


MR :  Tak payah keluar lawan terus, silap hari bulan Anwar tertonggeng.. baru ular telan naga.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan