Header Ads

ads header

Flash News

PAS lantik pesuruhjaya baru di Kedah, Selangor, WP


PETALING JAYA: PAS hari ini mengumumkan pelantikan pesuruhjaya parti itu bagi negeri seluruh negara yang menyaksikan 3 muka baru mengetuai negeri Kedah, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Pejabat setiausaha agung PAS dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu bertarikh semalam dan adalah bagi sesi 2019-2021.

Berikut adalah senarai pesuruhjaya PAS bagi negeri seluruh Malaysia:
  • Perlis: Mohd Shukri Ramli
  • Kedah: Ahmad Yahya
  • Kelantan: Ahmad Yakob
  • Terengganu: Husin Awang
  • Pulau Pinang: Muhammad Fauzi Yusoff
  • Perak: Razman Zakaria
  • Pahang: Rosli Abdul Jabbar
  • Selangor: Dr Ahmad Yunus Khairi
  • Negeri Sembilan: Rafiei Mustapha
  • Melaka: Kamaruddin Sidek
  • Johor: Abdullah Hussin
  • W. Persekutuan: Azhar Yahya
  • Sabah: Paumin @ Aminuddin Aling
  • Sarawak: Jofri Jaraiee.
Pada Muktamar Tahunan PAS ke-65 di Kuantan bulan lepas, Abdul Hadi Awang dan Tuan Ibrahim Tuan Man mengekalkan jawatan masing-masing sebagai presiden dan timbalan presiden tanpa bertanding.

Jawatan naib presiden juga dimenangi tanpa bertanding setelah salah seorang calon, Iskandar Abdul Samad menarik diri daripada persaingan bagi memberi laluan kepada Idris Ahmad, Mohd Amar Nik Abdullah dan Ahmad Samsuri Mokhtar.

Iskandar kemudiannya dilantik sebagai bendahari agung PAS yang baru. PAS turut mengekalkan Takiyuddin Hassan sebagai setiausaha agung parti itu.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan