Header Ads

ads header

Flash News

Ambil alih konsesi 4 lebuh raya durian runtuh untuk Gamuda, kata Najib


PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak merujuk pendapat pakar bahawa keputusan Kementerian Kewangan untuk membeli 4 konsesi lebuh raya pada harga RM6.2 bilion akan menyebabkan syarikat infrastruktur dan pemegang sahamnya memperoleh durian runtuh sebanyak RM2.82 bilion.

Dalam kenyataan di Facebook malam tadi, Najib merumuskan laporan mengenai pandangan beberapa pakar yang tidak dinamakan dan berkata bahawa mereka percaya pengambilalihan itu tidak menguntungkan rakyat.

Sebaliknya kerajaan akan mengalami kerugian yang akan menambah hutang negara, sementara pengguna lebuh raya akan terus membayar untuk menggunakan lebuh raya berkenaan hatta selepas tempoh konsesi tamat.

Bagaimanapun, rakyat tampak menyukai idea bahawa tol dihapuskan, walaupun perbelanjaan itu kini dijenamakan semula sebagai caj kesesakan, kata Najib.

Kenyataan Najib itu dibuat beberapa jam selepas setiausaha politik menteri kewangan, Tony Pua membuat kenyataan mengkritik logik serta hujahan salah para pengkritik

Beliau menegaskan bahawa cadangan pengambilalihan itu akan menjimatkan berbilion ringgit wang pembayar cukai dan pengguna lebuh raya, serta memberikan pemegang konsesi pulang yang terhad tetapi munasabah atas pelaburan mereka.

Najib berkata, pakar menyebut tentang jumlah trafik di keempat-empat lebuh raya berkenaan menurun sejak 2015 berikutan projek kerajaan persekutuan di bawah Barisan Nasional sebelum ini seperti LRT dan MRT serta penghapusan tol Lebuhraya Persekutuan.

Jumlah pengguna lebuh raya dijangka terus menurun selepas projek MRT2 dan LRT3 siap tidak lama lagi, katanya.

Lebuh raya yang dimaksudkan oleh beliau ialah LDP, Penchala Link, Kerinchi Link dan Kesas serta terowong SMART. Katanya, walaupun LDP menjana keuntungan, lebuh raya Kesas, Sprint dan SMART mencatatkan kerugian.

Najib berkata, syarkat tujuan khas (SPV) yang diwujudkan bagi meminjam RM6.2 bilion dan pengambilalihan 4 lebuh raya itu dijangka mencatatkan kerugian sebanyak RM70 juta setahun selepas membayar faedah 4% ke atas pinjaman tersebut.

Beliau juga berkata, syarikat tersebut tidak akan dapat membayar balik pinjaman RM6.2 bilion itu dan akan menyebabkan hutang negara akan bertambah.

Katanya, pakar percaya bahawa kerajaan terlebih bayar sebanyak RM2.82 bilion, yang merupakan durian runtuh kepada Gamuda serta pemegang saham lebuh raya berkaitan.

Menurut laporan New Straits Times, pakar juga percaya hasil durian runtuh itu akan disalurkan oleh Gamuda untuk projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, yang disifatkan sebagai “projek kesayangan” Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, yang bakal menyaksikan penciptaan 3 pulau buatan serta pembinaan lebuh raya Pan Island dan laluan LRT di negeri itu.

------

Ramai pakar berpendapat langkah Guan Eng untuk beli 4 lebuhraya dari Gamuda dengan harga RM6.2 bilion tidak menguntungkan rakyat.
Antara pendapat mereka:
1. Jumlah trafik untuk kesemua lebuhraya ini sedang menurun setiap tahun sejak tahun 2015 akibat projek-projek InfraRakyat kerajaan BN seperti Projek Penyambungan Jajaran LRT1 serta LRT2, MRT1 dan pemansuhan tol Lebuhraya Persekutuan.
- trafik LDP jatuh 1.9% pada tahun 2016 dan jatuh 2.9% pada tahun 2017.
- Penchala Link (2018: negatif 11.7%, 2017 negatif 4.1%, 2016 negatif 12.8%)
- Kerinchi Link (2018: negatif 2.6%, 2017 negatif 6.2%, 2016 negatif 10.%)
- Jumlah pengguna Kesas highway jatuh 5% pada tahun 2018
- trafik terowong SMART telah jatuh 30% sejak tahun 2015

Jumlah pengguna dijangka akan terus jatuh lagi setelah projek MRT2 dan LRT3 siap tak lama lagi.
2. Akibatnya, hanya lebuhraya LDP menjana keuntungan manakala lebuhraya KESAS, SPRINT dan SMART mencatat kerugian setiap tahun.
3. Syarikat Tujuan Khas (SPV) kerajaan PH yang ditubuhkan untuk meminjam RM6.2 bilion dan mengambil alih 4 lebuhraya itu dijangka akan mencatat kerugian RM70 juta setiap tahun setelah membayar faedah 4% atas pinjaman RM6.2 bilion.
Itu faedah sahaja. Belum masuk prinsipal pinjaman.
Ini bermakna SPV ini tidak akan dapat membayar balik RM6.2 bilion yang dipinjam pada masa tempoh konsesi semua lebuhraya itu tamat.
Ini bermakna hutang negara akan bertambah RM6.2 bilion lagi. Ya, hutang negara.
4. Pakar percaya bahawa kerajaan terlebih bayar RM2.82 bilion dan ini digelar mereka sebagai durian runtuh untuk Gamuda dan pemegang saham lebuhraya-lebuhraya itu.
5. Angka RM5.3 bilion yang diberi Guan Eng sebagai penjimatan kerana kerajaan tak perlu bayar pampasan itu juga tidak tepat.
Penjimatan hanya RM2.8 bilion tapi hutang kerajaan NAIK RM6.2 bilion.
6. Mereka juga percaya hasil dari durian runtuh ini akan disalurkan oleh syarikat Gamuda untuk projek Pelan Induk Pengangkutan Negeri Pulau Pinang PTMP) bernilai RM46 bilion - iaitu projek kesayangan Menteri Kewayangan kita.
Kesimpulannya ialah:
- kerajaan rugi dan hutang negara bertambah.
- Syarikat swasta dapat durian runtuh.
- Rakyat yang tanggung kerana terus membayar bayar tol selepas tempoh konsesi tol tamat.

Tapi Raykat suka kerana "tol" memang dimansuhkan kerana telah dijenamakan semula sebagai caj kesesakan.
Highway offer not a good deal for govt, say experts https://www.nst.com.my/…/highway-offer-not-good-deal-govt-s…
Is it a fair deal? https://www.thestar.com.my/…/…/2019/06/29/is-it-a-fair-deal/

MR :  PH ni Pakatan Hancing... cakap lebih


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Buat apa cara asal tak sama BN tapi rakyat tetap jadi mangsa .

    BalasPadam