Header Ads

ads header

Flash News

Projek ECRL Dilancar Semula Hari Ini


DUNGUN – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sebelum ini ditangguhkan akan dilancarkan semula hari ini oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook di Tapak Terowong Dungun, Rimba Bandar Bukit Bauk, di sini.

Majlis pelancaran yang dijadual bermula 11 pagi nanti akan turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Anthony Loke sebelum ini dilaporkan berkata, pelancaran semula ECRL hari ini bakal mewujudkan fungsi dan skop yang lebih besar untuk syarikat tempatan memainkan peranan secara aktif dalam projek itu.

Pembinaan projek ECRL yang siap 15 peratus ditangguhkan sejak Julai tahun lalu dan hasil rundingan kerajaan bersama pihak pemaju mengenai kos projek serta aspek pelaksanaannya, Fasa I dan II projek berkenaan kini berharga RM44 bilion, berbanding RM65.5 bilion sebelum ini.

Projek itu kini bermula dari Kota Bahru melalui Mentakab, Jelebu, Kuala Kelawang, Bangi/Kajang, Putrajaya dan berakhir di Pelabuhan Klang sejauh 648 kilomter (km), dipendekkan 40 km daripada laluan asal sejauh 688 km.

MR :  Ni kira macam mana? Jilat semula ke?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan