Header Ads

ads header

Flash News

PRU15: Undi PAS-Umno mampu raih 138 kerusi


KUALA NERUS: Kajian yang dilakukan jika berlaku gabung undi yang diperolehi oleh PAS dan Umno pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu, keputusannya gabungan itu akan memperolehi 138 kerusi parlimen Malaysia.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, atas asas itulah kerjasama PAS-Umno akan menguntungkan kedua-dua pihak.

Katanya, kerjasama taawun siyasi antara PAS dengan Umno itu sampai kepada peringkat persetujuan bersama sebagai pakatan pembangkang.

“Dalam masa terdekat ini, kita juga akan istihar Piagam Muafakat Nasional. Buat masa ini saya tidak boleh sebut lagi bila, sebab masih ada perbincangan.

“Kajian yang kita buat berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, menunjukkan bahawa sekiranya bergabung undi antara dua parti (PAS-Umno), maka kita boleh mendapat sebanyak 138 kerusi parlimen.

“Cukup dengan ambil undi PAS dan Umno yang ada sekarang untuk kita memenangi 138 kerusi parlimen. Dan hendak tubuh kerajaan kita hanya perlu kepada 112 kerusi parlimen.

“Paling sedikit pun 125 kerusi parlimen ‘confirm’, jika kita campur dengan undi yang ada sekarang. Tengok pula dengan undi yang Pakatan Harapan (PH) menang hanya bezanya sekitar 1,000 undi ke bawah, kita boleh tambah lagi hingga 138 kerusi,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab pada majlis Dialog Rakyat Parlimen Kuala Nerus anjuran Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus, di Dewan Sivik, TP Gong Badak 3, kelmarin. (Foto atas)

Menurutnya, kajian itu cukup membimbangkan kerajaan PH hari ini yang menyebabkan cadangan umur mengundi seawal usia 18 tahun.

“Itu yang PH takut, menyebabkan dia cadang umur 18 tahun boleh mengundi. Dia (PH) harap boleh bertambah undi anak-anak muda kepadanya.

“Kajian yang kita buat hari ini, semua segmen pengundi sama ada anak muda, orang pertengahan, orang tua, kumpulan ahli elit atau ahli perniagaan, tidak lagi bersama dengan Pakatan Harapan,” tegasnya.

Justeru, kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu, apa yang perlu PAS dan Umno lakukan hanya mengekalkan sokongan pengundi masing-masing.

“PAS jaga undi orang PAS. Umno jaga undi orang Umno supaya tidak lari kepada parti lain. Sebab, kerjasama PAS-Umno itu menguntungkan kedua-dua parti.

“Tak perlu fikir sangat hendak ambil undi orang PH. Cukup jaga undi orang Umno yang ada sekarang, cukup jaga undi orang PAS, kita sudah boleh perintah Malaysia selepas PRU15, insya-Allah,” jelasnya.

Menurutnya, kerjasama itu juga membolehkan PAS memerintah Terengganu, Kelantan dan Kedah manakala, Perlis, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak secara bersama PAS-Umno. – HARAKAHDAILY 14/7/2019



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan: