Header Ads

ads header

Flash News

'Silap mata' Guan Eng: Dari konsesi tol ke PSR?


PERCANGGAHAN antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengenai pengambilalihan tol telah menimbulkan curiga yang amat ketara. Guan Eng dilihat begitu bersungguh menjustifikasikan pengambilalihan empat konsesi lebuh raya dengan tawaran RM6.2 bilion. Tetapi Tun menyebut Kabinet belum memutuskan mengenainya.

Ini menampakkan Guan Eng seperti mempunyai agenda tersembunyi. Apatah lagi pengambilalihan itu dari Gamuda Berhad yang juga mempunyai 60 peratus kepentingan dalam projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR). Apakah ini 'peranan' Guan Eng untuk memastikan Gamuda mempunyai 'modal' bagi memulakan projek tambakan laut seluas 4,500 ekar itu?

Apakah ini juga 'peranan' Guan Eng, iaitu menjayakan perolehan dana projek tiga pulau buatan itu bagi pihak Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang? Adakah ia setelah permohonan 'bridging loan' RM1 bilion daripada Kerajaan Persekutuan hampir mustahil? Kerana semua rakyat sedia dimaklumkan oleh Menteri Kewangan bahawa negara menghadapi kekangan kewangan.

Beban projek ini apabila dibangunkan, ia akan mencecah nilai RM70 bilion di mana RM46 bilion daripadanya akan menampung kos Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP). Ia melibatkan struktur mega lebuh raya, terowong dasar laut, Aliran Transit Ringan (LRT) dan tambakan laut. Angka ini terlalu besar bagi sebuah negeri yang berpendapatan hanya sekitar RM1 bilion.

Sedangkan dengan peruntukan RM45 bilion, Kerajaan Persekutuan mengagihkannya kepada 4,000 projek pembangunan di seluruh Malaysia. Maka, tidakkah kos besar Pulau Pinang itu kelak meletakkan risiko terhadap kewangan negara di masa depan? Lalu secara tiba-tiba ia menjadi 'anak emas' Malaysia dan melebarkan lagi segala jurang sedia ada kerana negeri lain 'dianaktirikan'?

Kesangsian juga berikutan cadangan pengambilalihan konsesi tersebut dibuat pada minggu yang sama kelulusan Kajian Impak Persekitaran (EIA) kali kedua bagi PSR diumumkan, setelah ditolak kali pertama tahun 2016. Bahkan disebalik itu, kerajaan negeri dan Konsortium SRS selaku pemaju masih tertakluk kepada 72 syarat yang perlu dipenuhi mereka.

Tetapi mengapa begitu tergesa-gesa diumumkan dan didiamkan perkara yang belum diselesaikan? Apakah ini bagi memberi keyakinan kepada bakal pelabur dan pembeli hartanah? Sedangkan ia masih kabur! Cukuplah menipu pengundi rakyat Malaysia pada PRU14 lalu, jangan diberi 'harapan palsu' kepada orang luar yang tentunya akan memburukkan reputasi negara.

Malah, keseluruhan projek ini bukan sahaja berdepan kemampuan kewangan yang dipersoal, tetapi juga aspek kemandirian memenuhi bahan pembinaan, keperluan asas dan penyelenggaraan. Pasir sahaja perlu diambil dari perairan negeri Perak sebanyak 189.1 juta meter padu. Manakala bekalan air bersih sedang 'diharap' dari Skim Pemindahan Air Jeniang, Kedah dan Kerian, Perak.

Cukup menimbulkan kontroversi, apabila pengakuan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow disanggah Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad mewakili Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN). Tegas Khalid, 'tiada kelulusan atau persetujuan' diberikan MPFN kepada projek PSR. Sebaliknya, kerajaan negeri telah diberikan '18 nasihat besar' yang perlu dipenuhi dahulu.

Terbaharu, pada awal minggu ini, Menteri Pertanian, Dato' Salahuddin Ayub pula menegaskan bahawa projek PSR belum diluluskan Kerajaan Persekutuan. Perkara itu diumumkannya dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Pulau Pinang. Di mana, 4,817 nelayan antara golongan yang menerima kesan terburuk projek ini, tetapi suara mereka telah diabaikan.

Justeru, Lim Guan Eng telah dilihat menyalahgunakan kedudukan selaku Menteri Kewangan berhubung rundingannya bersama Gamuda Berhad. 'Keistimewaan' yang bias berkepentingan untuk syarikat itu memulakan projek membangun hartanah mewah mengadap laut. Masa terbaik bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membuat 'spot check'.

"Islam Memimpin Perpaduan"

USTAZ MUHAMMAD FAUZI YUSOFF
Pesuruhjaya
PAS Negeri Pulau Pinang - HARAKAHDAILY 10/7/2019



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan