Header Ads

ads header

Flash News

Umno nak belajar cara terapkan walak dari PAS


Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu akan belajar untuk menerapkan sifat walak dalam kalangan ahli - terutama yang masih muda - daripada PAS.

Bercakap mengenai pendaftaran automatik warganegara Malaysia berusia 18 tahun sebagai pengundi, Ahmad Zahid berkata, Umno wajar turut memberi tumpuan kepada golongan yang lebih muda.

“Kita jangan tertumpu (anak muda) 18 hingga 20 tahun saja, biarlah 15, 16, 17. Lazimnya mereka berada di sekolah dan kolej atau IPT (institut pengajian tinggi).

“Dekati kumpulan (umur) 15, 16, 17 tahun miulai sekarang.

"Walaupun kita tak akan dibenarkan memasuki mana-mana sekolah, tapi ada kaedah yang pernah digunakan oleh PAS untuk digunakan (pula) oleh Umno.

“Kita belajar daripada PAS apa yang mereka buat untuk mendekati anak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Perasmian Mesyuarat Umno Ipoh Barat di Bangunan Umno Perak di Ipoh hari ini. Ucapan itu disiarkan secaera langsung Facebook.

Ada daya tahan, bersaing

Dengan kelulusan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan ini, pilihan raya pada masa hadapan akan menyaksikan pengundi berumur 18 tahun dibenarkan mengundi dan menjadi calon berbanding umur 21 tahun sebelum ini.

Pendaftaran pengundi juga akan dilakukan secara automatik.

Menurut Ahmad Zahid Umno wajar menanamkan sikap walak itu diperingkat awal lagi - seperti yang dilakukan PAS.

Bagaimanapun kata anggota parlimen Bagan Datuk itu, Umno tidaklah berhajat meniru sepenuhnya apa yang dilakukan PAS.

"Kita tidak akan mengikut semua acuan PAS," katanya.



Menjelaskan cara PAS menanamkan sifat walak itu, Ahmad Zahid berkata, ada kaedah yang digunakan parti terbabit agar ia benar-benar berkesan.

"Kenapa ahli-ahli PAS begitu walak, taat kepada pemimpinnya? Sebab mereka menanam 'kedaulatan' ketika anak-anak itu berada dalam perut ibu-ibu kita," katanya.

Ahmad Zahid juga berkata Allah sedang menguji Umno yang pernah diberikan nikmat mentadbir negara selama lebih 60 tahun.

Katanya Allah menentukan siapa yang Dia mahu naikkan sebagai kerajaan dan siapa yang akan diturunkan. Buat masa ini, katanya, Umno berada "di bawah" sebagai pembangkang.

Namun, katanya, PAS menunjukkan ketahanan yang tinggi kerana sentiasa sabar menjadi pembangkang.

"Mereka (PAS) ada daya tahan dan daya bersaing. Kita (Umno) baru setahun dua bulan.

"Dewan (untuk buat program) tak ada. Kita buat dewan, orang ambik. Makin kuat semangat kita," katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan