Header Ads

ads header

Flash News

Umno, PAS tetap bersama meski ada rundingan parti Melayu lain kata Zahid


Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meletakkan syarat bahawa partinya dan PAS akan terus bersama meskipun ada parti politik Melayu lain menawarkan perbincangan atas nama perpaduan Melayu.

Zahid berkata, sebelum ini beliau pernah mengulas mengenai pendirian Umno terhadap majlis tertinggi dan biro politik parti itu di beberapa kawasan.

“Kalau ditakdirkan atau ditawarkan untuk berbincang atas nama perpaduan Melayu, enam parti-parti politik mahu di bawa berbincang, kita kenakan syarat.

“Nombor satu, mereka mesti tak bersengkongkol dengan DAP laknatullah, kedua oleh kerana kita telah lakukan tahaluf siyasi antara Umno dan PAS, sebarang tuntutan untuk berbincang, Umno takkan tinggalkan PAS, PAS tidak akan tinggalkan Umno.

“Kita atas nama ummah atas nama Melayu, jangan pernah minta ahli-ahli Umno untuk lompat masuk Bersatu. Jangan cuba bubar, haramkan Umno.

“Langkah mayat ahli-ahli Umno dulu kalau Umno mahu dibubarkan. Langkah mayat kami semua dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Perasmian Mesyuarat Umno Bahagian Ipoh Barat di Bangunan Umno Negeri Perak hari ini, yang turut disiarkan secara langsung di Facebook.

Antara syarat lain, beliau juga berkata Umno akan menghormati rakan kerjasamanya, supaya parti serpihan PAS iaitu Amanah tidak turut serta dalam rundingan tersebut.

Bagaimanapun, dalam ucapannya itu, beliau tidak menjelaskan secara terperinci mengenai perbincangan tersebut.

Semalam, Zahid dilaporkan mendakwa dirinya dikunjungi "orang Dr Mahathir Mohamad".

Sinar Harian memetik Zahid sebagai berkata, dalam pertemuan dengan wakil Dr Mahathir itu, Umno meletakkan tiga syarat sekiranya mahu parti itu ikut menyertai gabungan yang diterajui pengerusi Bersatu itu.

Sambil membidas DAP, Zahid juga bertanya kepada hadirin, siapa yang sebelum ini menyuruh untuk membenci DAP.

Soalannya itu kemudian disambut oleh hadirin di situ yang menyebut nama “Mahathir.”

“Tapi orang yang sama juga cakap benci DAP tapi dia bercium mulut dengan DAP sekarang ni.

“Kenapa? Kenapa bercium mulut dengan DAP? Kerana kuasa,” katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan