Header Ads

ads header

Flash News

Usia Mengundi 18: Apa Persediaan Dan Jaminan?


(Fikrah Bangfi: 283),
BBB: 09 Zulkaedah 1440H. = 12 Julai 21019M. (Juma`at):

Apakah cadangan mengubah usia mengundi dari umur 21 kepada 18 bagi menunjukkan `Pembaharuan` sebagai Malaysia Baru PH ? Kita tidak mempersoalkan dari segi layak atau tidak, kerana pada umur tersebut seseorang itu sudah lebih dari umur mumaiyyiz, bahkan sudah layak berkahwin, walaupun boleh anggap muda. Dalam kata lain mereka sudah layak untuk mengunbdi !
Apa yang dipersoalkan, ialah dalam usia ini, mereka yang berumur sedemikian adalah masih dalam tempoh penghujung persekolahan. Dalam usia sedemikian tiudakkah sekolah yang sepatutnya bebas dari politik, dilihat berpotensi mendapat sokongan terutama bagi pihak kerajaan yang memerintah, maka akan masuk unsur-unsur politik pada peringkat sekolah atau kolej dan diploma bagi mempengaruhi mereka untuk mengundi kerajaan yang memerntah. Dalam kata lain, jika selama ini sekolah baik pada peringkat SPM atau STPM. Matrikulasi dan diploma akan menjadi medan politik bagi mendapat sokongan. Sekolah tidak tenteram dari gangguan politik dan mengganggu mereka dari memberi tumpuan terhadap pelajaran.

Kelayakan mengundi mereka yang berumur 18 tahun bererti, mereka juga layak menjadi calon dan seterusnya menjadi Menteri. Dalam keadaan ini mereka dilihat masih terlampau muda yang seharusnya masih berada di dalam peringkat menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan penyesuaian dengan masyarakat dan alam sekeliling.

Kita berpendapat keputusan yang diambil tanpa persediaan dan tergesa-gesa.

Kita kembali kepada visi dan misi kita bagi membentuk masyarakat `Berilmu-Berperadaban.` Remaja seharusnya dibentuk menjadi mereka yang `Berilmu-Berperadaban.`` Dalam keadaan sekarang adalah dilihat Dasar dan Kurikulum Pendidikan Negara sudah tidak releven dengan perubahan semasa. Remaja pada peringkat persekolahan menstilah dilengkapi dengan segala infrastruktur yang dapat menjadi mereka Berilmu-Berperadaban` Berilmu dalam kata yang luas, mereka dibekalkan dengan ilmu sains, teknologi, Agama, Nilai dan Kemanusiaan.`` Pakar-pakar dalam bidang sains, teknologi, , Agama, Nilai dan Kemanusiaan harus digemblingkan bagi mewujudkan satu kurikulim Bersepadu yang dapat melahirkan manusia yang dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran yang bersifat kreatif dan inovatif dan berdikari bagi menghadapi masa depan yang lebih positif.

Mengundi dari usia 18 tahun dalam keadaan sekarang, tanpa persediaan akan mengharubirukan institusi pendidikan dan menjadi target parti-parti politik tanpa persediaan infra-struktur dan rangka masa depan. Apa yang dihadapi negara ialah, pelajar-pelajar yang keluar dari pengtajian adalah bagi menambahkan angka penganggur yang kalanganb siswazah sekarang antara yang tinggi jumlah pengangguran. Pekerjaan tidak cukup dan mereka tidak dilatih berdikari secukupnya. Dulu ada kem-kem bagi melatih remaja, tetapi dengan kerajaan baru yang mau menunjukkan pembaharuan dan memburuk dan menghitamkan yang lama, maka kem-kem yang seumpama itu ditolak dan ditutup.

Falsafah Berilmu-Berperadaban` sebenarnya memerlukan tenaga pekerja yang ramai bagi menggembling masyarakat agar mereka berterusan belajar dan meningkatkan mutu pekerjaan dan menambahkan keluaran dan pendapatan. Negara kita kaya, tetapi tidak berjaya dari segi pengagihan pendapatan yang sebenarnya lebih dari cukup, jika harta itu tidak nterhimpun kepada institusi dan individu tertentu. Warga negera hendaklah dididik disamping berilmu hendaklah berperadaban dilatih dengan nilai termasuk keagamaan, kurikulum yang menghayati dan menghargai kemanusiaan dan kealaman. Pendidikan sedemiklian dapat menghendar dari sifat rakus, tamak dan rasuah. Mampu menilai kemanusiaan, seni dan menghargai budaya. Hidup dengan rasa indah, mesra, memada dan tidak tamak haloba dan tidak rasuah.

Pendidikan seharusnya mementingkan keilmuan yang dijana sepanjang hayat dan mendukung peradaban yang dapat memberi erti kebahagiaan yang sebenarnya. Sekian.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. berilmu ..berperadaban sangatkah org yg mengundi dikala umur 21 tu..?
    yang dh separuh abad pun terkinja-kinja lagi brader.

    tak payah la bagi alasan banyak sgt.
    nak suruh study la..nak suruh mula kerja la..
    sebab bnyk sgt org tua dlm saf kepimpinan la jadi macam ni skarang ni.
    yang dh nak mati pun teringin jadi PM..

    aku tak suka sgt dengan syed saddiq sbb dia muda.
    tapi bila dia bukak mulut , kalah korang org tua.
    yg tua ni banyak sgt perancangan sulit, yg muda berkobar nak tunjuk semangat.

    apa salahnya lepasan sekolah menceburi politik..?
    kan org2 tua yg ajar politik ni lobang duit.

    tak gitu..?

    BalasPadam