Header Ads

ads header

Flash News

Asal Usul Orang Cina Malaysia


1) Orang Cina di Malaysia (Han Chinese) adalah orang Cina yang berhijrah ke Malaysia atau yang dilahirkan di Malaysia. Kebanyakan orang Cina ini adalah keturunan daripada selatan China yang tiba pada awal abad ke-19 hingga pertengahan abad ke-20.

2) Dalam statistik bilangan orang Cina 'Huaqioa' yakni Cina yang berada di luar China (juga disebut Overseas Chinese oleh orang China), bilangan orang Cina Malaysia adalah kedua tertinggi selepas Cina Thailand. Manakala di Malaysia pula, kaum Cina menjadi kaum kedua terbesar selepas kaum Melayu yang menjadi majoriti.

3) Di Malaysia, selalunya mereka dipanggil 'orang Cina' oleh orang Melayu, 'Sina' oleh orang Borneo, 'Cฤซแน‰ar' dalam Tamil, 'Huaren' oleh sesama orang Cina, dan 'Huaqiao' oleh orang Cina di China.

4) Orang Cina di Malaysia sebenarnya ada banyak keturunan yang berbeza dengan dialek yang berbeza antara satu sama lain. Perbezaan bahasalah yang paling ketara, kerana ia menyukarkan komunikasi.

5) Kebanyakan Cina Malaysia adalah daripada keturunan Min (dialek Hokkein), Yue (dialek Cantonese), Hakka dan Teochew. Masing-masing mendominasi pekan-pekan dan bandar-bandar yang berbeza.

6) Orang Cina di Kuala Lumpur kebanyakannya menggunakan dialek Cantonese, Hokkein di Georgetown dan Kuching, Hakka di Kota Kinabalu, Teochew di Johor Bahru, Foochow di Sibu, manakala Hainanese di Kuala Terengganu.

7) Perbezaan dialek antara clan-clan Cina ini sememangnya menyukarkan mereka untuk berkomunikasi. Perbezaan dialek mereka lebih besar daripada perbezaan antara dialek-dialek orang Melayu. Anda tentu pernah terjumpa orang Cina sesama Cina berkomunikasi dalam bahasa Melayu atau berbahasa Inggeris. Kerana mungkin mereka berbeza dialek dan tak mahir bahasa Mandarin. Ataupun... mereka ini sangat patriotik :).

8 ) Maka apabila berkomunikasi, mereka akan menggunakan bahasa Mandarin yang kini dianggap sebagai working language. Requirement Mandarin only - Apabila disebut sebagai working language, bukan sahaja orang Melayu atau India sahaja yang ditapis, bahkan orang-orang Cina yang tak reti bahasa Mandarin juga tertapis sebenarnya bagi tidak berlaku konflik dialek. Tapi bilangan generasi baru orang Cina dalam negara kita yang tidak tahu berbahasa Mandarin sangatlah sedikit.

9) Secara kebudayaan dan bahasa, orang-orang Cina ini sangat mementingkan penjagaan budaya, keturunan dan dialek mereka, walaupun nenek-moyang mereka telah lama tiba pada abad 19 terdahulu. Mereka masih mahu mengekalkan aspek-aspek keCinaan mereka dan tidak mahu berasimilasi.

10) Berbeza dengan orang-orang Cina yang datang pada zaman kesultanan Melayu Melaka suatu masa dahulu, mereka berasimilasi dengan penduduk tempatan, sehingga wujudnya sub-etnik yang dipanggil Baba dan Nyonya (Melaka/Penang), Cina Peranakan (Kelantan/Terengganu) dan Cina-pribumi(Sabah).

11) Sebenarnya, orang-orang Cina Huaqiao (Cina Oversea) di negara-negera lain di seluruh dunia sudah pun berasimilasi dengan penduduk tempatan. Cina di Amerika sudah pun berasimilasi dengan orang Amerika. Cina di Thailand, Indonesia, Eropah dan sebagainya, sudah lama berasimilasi kebudayaan dan bahasa dengan penduduk asal negara-negara tersebut.

12) Hanya di Malaysia, orang-orang Cina yang datang semasa pentadbiran British Malaya enggan berasimilasi. Disebabkan keengganan berasimilasi, mereka mahukan dibina sekolah-sekolah vernakular khusus untuk mereka ajarkan bahasa dan budaya asal-usul keturunan mereka. Silibus-silibus pendidikannya kebanyakanannya datang dari China dan Taiwan. Mereka enggan menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan yang dikelola oleh kementerian pendidikan Malaysia (bukan semua).

13) Atas toleransi orang-orang Melayu dan kerajaan Malaysia, sekolah-sekolah vernakular ini masih dibenarkan sampai hari ini, walaupun dikaitkan dengan pelbagai kontroversi yang sering berlaku dalam isu-isu patriotisme dan perpaduan kaum.

14) Statistik daripada World Bank (2010) mendapati, Populasi orang Cina di Malaysia berkurangan secara konsisten, disebabkan oleh kadar kelahiran yang rendah dan penghijrahan generasi muda Cina ke luar negara untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik. Keberkurangan ini dikhuatiri menyebabkan 'brain drain' kepada Malaysia, kerana kononnya yang keluar dari negara adalah bijak pandai dan highly educated.

15) Walaubagaimanapun, disebalik keberkurangan tenaga muda dan highly educated Chinese, gelombang pertambahan orang-orang Cina berlaku dengan penghijrahan masuk orang-orang China yang bertutur dalam dialek Mandarin dari utara dan timur China, dan orang Cina kacukan Vietnam serta lelaki-lelaki Cina dalam negara kita berkahwin dengan wanita Cina dari China dan Vietnam.

Sekian
Dr Tanaka Mustafa


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan