Saya Tak Boikot Produk Bangsa Lain
Saya tetap akan beli produk Non Muslim dan Non Bumi jika tiada produk Muslim yang setaraf kualiti dan harganya.
Saya sangat sokong produk buatan rakyat Malaysia, bahkan sejak di Mesir dahulu.
Daging dan Ayam? Saya sokong usaha JAKIM - dengan tidak merasa sangsi bagi produk yang TELAH MENDAPAT SIJIL mereka.
Jika Non Muslim telah ikuti panduan serta mendapat SIJIL HALAL JAKIM - yang cukup susah dapat tu - saya akan beli dan makan di kedai mereka.
Saya Sokong Produk Muslim Melayu tanpa perlu #Boikot Produk Bangsa Lain. Ada kedai hardware Melayu, saya akan masuk ke situ dulu - tak ada barang, baru saya cari kedai lain.
Ini nilai akhlak dan kerakyatan yang saya pegang.
Ada orang kata, "Walaupun produk Muslim Mahal, Non Muslim Murah - saya tetap akan beli produk Muslim yang mahal itu!!"
Itu pilihan anda. Silakan.
Anda harus melakukannya.
Pembelian adalah hak anda.
Tapi, jangan PAKSA orang lain untuk ikut anda pada perkara harus.
Ingatlah, yang mula kempen #BMBF ini adalah orang bisnes dengan tujuan bisnes. Jadi, jika anda tak sokong kempen itu tak menyebabkan batal akidah pun.
Pada saya - Nilai kempen itu sudah bagus, cuma cara kempen yang lebih menjurus kepada boikot itulah yang tak bagus.
Bagusnya kempen ini apabila pembeli dapat menyokong ekonomi orang yang dekat dengan hati mereka. Usahawan pula boleh melihat kelompongan dan peluang perniagaan yang mendapat permintaan tinggi tetapi pengeluaran terhad.
Tetapi jangan boikot orang. Apatahlagi kita ini semua rakyat Malaysia - berbilang kaum, agama dan bangsa.
Anak-anak kita bermain di tempat permainan yang sama!
__________
Syihabudin Ahmad,
Usahawan Buku Digital
www.digitalbuku.com
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
❐ Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
❐ Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>

MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Soalan umum:
BalasPadamMengapa orang kafir jarang masuk atau membeli di kedai Melayu kecuali jika mereka tiada pilihan lain ?
Mengapa orang kafir boikot atau pulau produk atau perniagaan sesuatu syarikat jika syarikat itu dibeli oleh orang Melayu dari orang kafir ?
Kaum lain khususnya Cina suka bantu kaum sendiri, baru bisnes mereka maju. Orang Melayu pendengki, lalu diletakkan santau bagi membunuh perniagaan kaumnya sendiri. Orang Melayu banyak PhD.
Padamkempen ini bunyinya lembut manakala boikot tegas bila bergabong akan jadi mantap justeru itu dua perkara tidak boleh berpisah kalau mahu berjaya .
BalasPadamMengapa produk buatan umat Islam jarang atau tidak dijual di supermarket dan mall milik kafir sejak dahulu lagi? Maka siapa boikot siapa sebenarnya ? Cuba buat pemerhatian untuk mengetahui kebenaran.
BalasPadamKebenaran itu pahit untuk diterima !
Sebabnya orang Melayu dilahirkan bukan untuk berniaga tapi untuk berpolitik dan berlagak pandai.
Padamkita dah diboikot berpuluh tahun oleh bangsa ni ..
BalasPadamMungkin ada yang baru sedar sekarang.. hakikatnya dah lama dan sudah berlapis-lapis tahap pemboikotan mereka terhadap kita.
Mula dari produk ke perkhidmatan,
kemudian dengan pangkat dan jawatan,
akhirnya gaji pekerja yg melakukan kerja yang sama pula tak sama nilainya.
Bagi saya, buanglah perasaaan malu kalian... terang-terangan saya kata saya boikot barangan mereka.
Kalian nak guna Bahasa yang lembut silakan.. Support Muslim first tak membawa apa makna atau erti kepada mereka kerana dimata mereka tetap kata kita boikot.
So be it..
Let it be.
Teruskan saja tak kisah apa namanya.
Kenapa nak kena berlembut dengan bangsa yg tak pernah give a damn.
Kita rakyat Malaysia tidak sepatutnya ada sikap boikot memboikot terutama di kalangan orang Melayu. Orang Melayu akan mati kelaparan dan hidup telanjang tanpa orang Cina. Kebanyakan makanan dan pakaian diimport oleh pengimport Cina.
BalasPadam