Header Ads

ads header

Flash News

Indonesia kerah 300 polis bantuan ke Papua susulan keganasan baru


JAKARTA: Sejumlah 300 anggota polis tambahan dihantar ke wilayah timur Papua di Indonesia selepas satu perhimpunan bertukar ganas sehari sebelum itu masih berterusan pada Khamis, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Ketua Polis Negara Jeneral Tito Karnavian.

Para penunjuk perasaan membakar bangunan kerajaan, pejabat telekomunikasi dan stesen minyak serta membaling batu ke arah sebuah hotel di ibu kota wilayah itu, Jayapura pada Khamis.

Dalam satu rusuhan sehari sebelum itu di daerah Deiyai, seorang anggota tentera maut, manakala 2 lagi cedera bersama 3 anggota polis dan seorang awam, menurut jurucakap tentera wilayah Eko Daryanto.

“Kami mengesali keganasan. Kami telah menghantar (lebih ramai) anggota,” kata beliau.

Polis bantuan yang baru dihantar akan ditempatkan di daerah dan bandar yang dilanda keganasan, kata Tito.

Beliau berkata, penyerang ketika rusuhan di Deiyai adalah dari daerah Paniai, tempat asal satu kumpulan bersenjata yang digelar pasukan keselamatan Indonesia sebagai “kumpulan penjenayah bersenjata”.

Minggu lepas, sehingga 1,200 anggota polis dihantar ke wilayah Papua Barat selepas satu tunjuk perasaan bertukar menjadi rusuhan, menurut jurucakap polis kebangsaan Muhammad Iqbal.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan