Header Ads

ads header

Flash News

Audio murid darjah satu 'saya nak cium' terkirim ke grup WhatsApp ibu bapa


KUALA LUMPUR, 22 Ogos ― Audio murid lelaki darjah satu mahu mencium rakan perempuan “tersilap hantar” kepada grup WhatsApp ibu bapa sekolah mereka.

Mendedahkan perkara itu di Facebook, Mohd Fadhli Othman dari PLF Sexual Education Parents berkata murid tersebut tersilap hantar audio itu ketika menggunakan telefon ibunya.

“Dia nak hantar kepada kawan perempuannya. Tapi terhantar ke group WhatsApp ibu bapa sekolah,” katanya kelmarin.

Audio murid berkenaan ada menyebut “Saya suka awak, saya nak cium”

Beliau memperoleh audio berkenaan daripada Pencetus Ummah (PU) Fendi, nama asal Mohd Affendi Mohamed Nor, “tidak sampai satu jam” pendedahan seorang ibu kelmarin berkaitan ada murid perempuan darjah lima mengajak anaknya bersetubuh.

“Audionya ada pada saya. Saya diamanahkan agar tidak menyebarkannya. Tapi khabarnya kedua(-dua) ibu bapa tengah kepanasan,” katanya.

Fadhli berkata ibu bapa murid perempuan mahu mengambil tindakan jika kejadian tersebut berulang manakala murid lelaki dimarahi ahli keluarganya.

“Dalam benak fikiran saya, adakah budak ini faham apa yang diucapkan atau sekadar tahu sahaja dan adakah dia rasakan ini satu keseronokan?” katanya.

“Hakikatnya budak tak salah! Yang salah mak ayah!” katanya lagi yang turut membentangkan punca masalah dan cadangan penyelesaian.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan