Header Ads

ads header

Flash News

Polis panggil Zakir Naik kali ke-3


Pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik hadir memberi keterangan kali ketiga kepada polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Pendakwah kontroversi berusia 54 tahun itu dilihat memasuki Bukit Aman dengan menaiki kereta jenis Toyota Innova pada 3.38 petang.

Beliau yang diiringi peguamnya, Datuk Akhberdin Abd Kadir kemudiannya dibawa menaiki kereta pasukan polis untuk dibawa ke Menara 2 di Bukit Aman untuk diambil keterangan.

Sebelum ini, polis telah merakamkan kenyataan penceramah bebas dari India yang mendapat status pemastautin tetap di Malaysia itu, pada Jumaat dan Isnin lepas.

Zakir dikatakan membuat kenyataan kontroversi terhadap masyarakat Hindu dan Cina di Malaysia semasa ceramah di Kota Bharu pada 3 Ogos lepas dan mencetuskan desakan supaya dia dihantar pulang ke India.

Zakir dikehendaki pihak berkuasa India sejak 2016 kerana didakwa terbabit dalam pengubahan wang haram dan menghasut ekstremisme melalui ucapan berbaur kebencian. -Bernama




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan