Header Ads

ads header

Flash News

Guru Al-Quran Terengganu Bertambah 1,000 Orang Lagi


KUALA TERENGGANU, 28 Ogos - Kerajaan negeri telah menambah guru al-Quran daripada 732 kepada 1,700 orang.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, ia melibatkan tambahan elaun daripada RM3.2 juta kepada RM7 juta.
Katanya, peruntukan untuk kefahaman al-Quran ditambah oleh kerajaan negeri, bukan berkurang atau dikurangkan.
"Penyelarasan itu dibuat bagi mengimbangi elaun guru Kelas Fardu Ain (KAFA)  yang turut melakukan tugasan sama.
"Mereka itu ialah yang terlibat di bawah KEMAS dan Tadika Perpaduan di bawah Kerajaan Pusat," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.
Guru berkenaan akan diselaraskan elaun mereka dari RM500 kepada RM400 mulai bulan depan dan isu ini tular di media sosial hari ini.
Satiful yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka itu menjelaskan, elaun itu boleh dikekalkan atau ditingkatkan sekiranya Kerajaan Pusat memberi peruntukan sewajarnya.
Di samping itu kata beliau, kerajaan negeri membuka lebih banyak peluang untuk anak-anak negeri mempelajari al-Quran dengan kewujudan guru yang ramai di setiap kawasan.
"Ia juga mengurangkan bebanan tugas yang ditanggung guru al-Quran apabila semakin meningkat permintaan untuk belajar al-Quran.
"Dahulu seorang guru mengawal 10 murid tetapi sekarang seorang guru hanya lima orang murid sahaja," katanya.  - https://www.teganukita.net




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Para para imam masjid juga elok ditukar kepada golongan muda yang lebih dinamik dan bertenaga dalam isu penyampaian khutbah. Khutbah juga perlu fokus kepada cabaran umat Islam terkini dalam segala aspek dengan isi kandung yang lebih relevan.Pihak kerajaan boleh membentuk satu team pemikir dalam penyediaan teks khutbah. Isu kempen makan buahan tempatan,pemburuan haram binatang tidak relevan . Kesedaran masyarakat seperti kebersihan perlu ditingkatkan. Para AJK masjid perlu ada kesedaran dan peka tentang penyengaraan fasiliti masjid seperti masaalah bilik air dan ruang ibadah yang kotor,pintu tandas ditebuk,diconteng dsb.PA System yang jelas,Ajk masjid juga perlu disedarkan bahawa sumbangan tabung masjid bukan untuk disimpan tapi perlu dibelanjakan bukan setakat hanya keperluan masjid malah keperluan kariah setempat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pendapat YG bernas.sy sgt bersetuju..kerajaan Pas trg perlu org YG kreatif Dan bijak UTK mberi idea mbangunkan negeri. Jgn lantik atas dasar ahli parti sahaja tp bukan ahli dlm bidang tertentu utk jawatan mereka. Boleh lantik penyokong YG ahli dlm bidang masing2...Ada ahli parti YG d lantik YG busines xjalan..masuk parti UTK Cari projek Dan duit. Lepas tu timbullah penyakit kroni dll MCM umno dulu..ahli parti yg buat kerja UTK parti menang pilhanraya beri jawatan lain dlm parti Dan bukan utk pertadbiran negeri..kerana Ada antara mereka xlayak seperti Ahli Majlis PERBANDARAN dll.. Rakyat YG berurusan mmerhatikanya . xada perubahan Dan pembangunan umno Dan Pas. YG Ada festival dan Majlis budaya je yg byk.Sehingga skrg dah lebih 2 penggal Pas menang MP dungun...masih xada pej JPJ d Dungun. D Mersing Bandar kecik..pun Ada pej JPJ.

      Padam