Header Ads

ads header

Flash News

Kedudukan Amirudin masih selamat, kata penganalisis



SHAH ALAM - Kedudukan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari masih berada dalam posisi selamat walaupun wujud desas-desus yang mendakwa jawatan beliau bakal digantikan selepas ini.

Penganalisis poliitk Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Sivamurugan Pandian berkata, walaupun wujud dakwaan terdapat gerakan untuk menggulingkan Amirudin, namun perkara itu dijangka tidak mengugat kedudukan beliau memandangkan Pakatan Harapan (PH) Selangor sebulat suara menyatakan sokongan terhadap kepimpinannya.

Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya perpecahan di dalam PKR masih berlarutan, keadaan itu berkemungkinan akan memberi kesan terhadap kedudukan Amirudin selepas ini.

"Memang benar untuk menjayakan undi tak percaya terhadap beliau memerlukan sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) namun kata putus mengenai perkara tu akan dimuktamadkan melalui Majlis Pimpinan PH peringkat negeri.

"Semalam pimpinan PH sudah sebulat suara menyatakan sokongan kepada beliau jadi saya rasa kedudukanya masih selamat.

"Namun jika perpecahan dalam PKR masih berlarutan, kita mungkin akan lihat mampukah beliau pertahankan kepimpinan politiknya selepas ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini, sebuah portal berita memetik kenyataan sumber dengan mengatakan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Dr Idris Ahmad mempunyai majoriti sokongan yang mencukupi bagi menggantikan Amirudin sebagai menteri besar.

Mengulas lanjut, Sivamurugan berkata, proses bagi melaksanakan undi tidak percaya juga tidak mudah memandangkan individu yang dipilih selepas ini perlu mendapatkan sokongan ADUN dengan majoriti dua per tiga.

"Selain itu, PH juga perlu mendapatkan perkenan daripada istana kerana perkara ini merupakan kuasa mutlak Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Malah proses ini sememangnya tidak mudah," katanya.

Dalam pada itu, penganalisis politik dari Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, Amirudin perlu mendapatkan sokongan daripada 32 ADUN di negeri ini sekiranya benar wujud gerakan untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap beliau.

Menurutnya, kedudukan Amirudin juga dijangka akan kekal selamat sekiranya beliau tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh kepimpinan PKR selepas ini.

"Misalnya jika beliau digantung keahlian atau dipanggil oleh biro politik parti nanti, maka kerusinya itu sudah semestinya akan dikosongkan.

"Dan ini akan buka peluang untuk individu lain menggantikannya," katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan