Header Ads

ads header

Flash News

Charles Santiago kini setaraf dengan sayakah? perli Tun Mahathir


LANGKAWI: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam nada sinis hari ini menyifatkan kedudukan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, ketika ini ‘setaraf’ dengan dirinya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pemimpin DAP terbabit terhadapnya yang dikatakan sering membuat keputusan secara berseorangan.

"Di masa depan (nanti) apabila saya nak buat keputusan saya tanya (dahulu) boleh atau tidak (kepada) Santiago, boleh atau tidak boleh buat.
“Kalau boleh dapat pandangan dia, (bermakna) dia setaraf dengan saya," katanya secara sinis.

Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Ramah Mesra Dan Penyerahan Daging Korban peringkat DUN Ayer Hangat di Masjid Al-Hana, Padang Matsirat pada Isnin.

Hari ini, Santiago dalam satu catatan di laman Facebook rasminya, berkata situasi sekarang menunjukkan seolah-olah Dr Mahathir bertindak sendirian, walaupun datang dari parti yang dikira minoriti dalam Pakatan Harapan.

Tambahnya, sudah tiba masanya untuk menilai kembali proses membuat keputusan di kalangan Majlis Presiden Pakatan Harapan.

MR :  Mahathir mula mengatur untuk mencengkam


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan