Header Ads

ads header

Flash News

PSM selar pendirian DAP berhubung dasar kerajaan, rakan komponen PH


PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvam meyelar pendirian DAP berhubung dasar kerajaan serta sikap parti itu terhadap parti komponen dalam Pakatan Harapan.

Dalam satu kenyataan di atas talian, beliau berkata, “dengan kawan yang sedemikian, PH tidak perlukan musuh lain”.

Merujuk kepada mesyuarat ke-2 pimpinan DAP yang dijadualkan minggu ini, Arutchelvam berkata, daripada mengadakan “himpunan” DAP, adalah lebih baik PH membuat “himpunan” itu bagi menghentikan perselisihan pendapat dalam kalangan mereka mengenai dasar kerajaan.

“Semua orang letih,” katanya, sambil merujuk kepada pelbagai kontroversi yang menyelubungi pakatan kerajaan itu, termasuk isu pengganti Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan tarikh penyerahan kuasa jawatan itu.

“Buatlah “himpunan” dan selesaikan isu ini, bukannya terus berperang tanpa kesudahan.”

Minggu lepas pemimpin dan wakil rakyat DAP mengadakan mesyuarat 5 jam bagi membincangkan langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan khat kepada murid Tahun 4 di sekolah vernakular.

Esok, satu lagi mesyuarat dijadual diadakan di ibu pejabat DAP bagi membincangkan satu lagi isu panas, iaitu pembaharuan lesen operasi kilang nadir bumi Lynas Cororation di Kuantan.

Arutchelvam berkata, “himpunan” oleh satu parti hanya kelihatan seperti “bagaimana untuk bertindak balas terhadap parti komponen PH yang lain”.

DAP kerap berbeza pendapat dengan rakan kongsinya dalam PH berkait isu seperti tulisan khat, Lynas, usul pindaan enakmen Selangor bagi membenarkan penukaran agama sepihak kanak-kanak serta bantahannya terhadap penceramah kontroversi dari India, Dr Zakir Naik, yang diberikan taraf pemastautin tetap di Malaysia.

Arutchelvam berkata, isu khat dan cadangan pindaan enakmen di Selangor menggugat perpaduan rakyat.

“Siapakah yang merancang rasa tidak puas hati ini?” soalnya.

Beliau berkata, PH sering saling menyerang sesama sendiri dan keadaan tersebut akan menjatuhkan gabungan politik itu.

“Justeru lebih baik PH adakan “himpunan” sesama mereka dan selesaikan masalah yang dihadapi.”



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan