Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan pemegang saham terbesar dalam syarikat pembuat kereta nasional ke-3, kata Wee


PETALING JAYA: Presiden MCA Wee Ka Siong berkata, dakwaan Putrajaya bahawa projek kereta nasonal terbaru tidak melibatkan dana awam adalah satu pembohongan kerana kerajaan persekutuan masih merupakan pemegang saham terbesar dalam DreamEDGE Sdn Bhd, syarikat yang mengepalai projek berkenaan.

Dalam kenyataan di Facebook, Wee menghalakan kritikannya kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang sebelum ini berkali-kali mengatakan projek berkenaan dibiayai oleh pihak swasta.

Beliau berkata, pemegang saham terbesar dalam DreamEDGE adalah syarikat bernama Venturetech Sdn Bhd, yang 100% dimiliki oleh Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Tekologi Tinggi (Might).

“Might pula adalah syarikat 100% milik kerajaan Malaysia.”

Memetik fakta bahawa modal berbayar DreamEDGE adalah sebanyak RM12.4 juta sehingga 2018 dan mengalami kerugian pada tahun lepas, Wee menyuarakan keraguannya sama ada syarikat berpangkalan di Cyberjaya itu mempunyai kekuatan kewangan untuk membiayai pelaburan besar dalam projek kereta nasional ke-3 itu.

“Saya pasti suntikan dana ini akan datang daripada pemilik saham terbesar syarikat itu, iaitu kerajaan Pakatan Harapan (PH).”

Terdahulu hari ini, diumumkan bahawa DeamEDGE akan membangunkan kereta nasional ke-3 itu dengan kerjasama Daihatsu Motors di Jepun, yang bakal menyaksikan model pertamanya siap pada 2021 dan pengeluaran bermula pada 2031.

Pengumuman tersebut menamatkan spekulasi mengenai pihak yang akan membiayai projek kereta terbaru itu selepas lebih setahun berlangsungnya debat sama ada kerajaan harus melibatkan diri dalam industri kereta berikutan pengalaman buruknya dengan Proton, projek kereta nasional pertama Malaysia, sebelum ini.

DreamEDGE menjangka model pertamanya siap pada Mac tahun depan.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan