Header Ads

ads header

Flash News

Kit Siang sahaja tak cukup, mana pemimpin DAP lain, soal penganalisis


PETALING JAYA: Kenyataan Lim Kit Siang tentang Jawi susulan kontroversi pengenalan kepada khat dalam mata pelajaran bahasa Melayu Tahun 4 tidak memadai untuk meleraikan isu berbangkit, kerana tiada susulan daripada pimpinan DAP dan NGO Cina, kata seorang penganalisis.

“Kenyataan Lim sebenarnya amat membantu dalam meleraikan isu ini, namun kenyataan Lim sendiri tidak memadai.

“Ia perlu disusuli oleh kenyataan pemimpin-pemimpin DAP atau NGO kaum Cina di peringkat menengah dan akar umbi,” kata Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya.

Beliau menambah semua komponen Pakatan Harapan dan anggota jemaah menteri perlu melakukan penjelasan agar isu itu tidak tersasar daripada matlamat sebenar.

Awang Azman mengingatkan tidak semua rakyat faham sejarah bahasa Melayu serta kaitannya dengan tulisan jawi dan seni khat, termasuk orang Melayu sendiri, dan oleh itu mereka perlu disantuni dan diberi pencerahan tentang keperluannya dalam sistem pendidikan.

“Ini memerlukan jentera kerajaan turun ke bawah,” katanya.

Awang Azman berkata demikian beberapa jam sebelum mesyuarat pimpinan DAP bagi membincangkan isu itu malam ini di ibu pejabat DAP, Kuala Lumpur.

Beliau berkata sudah tentu isu ini mempunyai kesan politik terhadap Pakatan Harapan, apatah lagi terdapat pihak yang phobia terhadap orang Melayu dan Islam.

Awang Azman berkata PH betul-betul tersepit kerana gabungan itu boleh hilang sokongan sebahagian orang Cina dan India jika rancangan itu diteruskan, dan hilang sokongan sebahagian besar orang Melayu jika ia ditarik balik.

“Sudah pasti pembangkang akan gunakan isu ini kononnya penyokong PH majoritinya orang Cina yang tolak pengajaran khat dan orang Melayu dalam PH tunduk kepada parti yang dikuasai DAP,” katanya.

“Ini modal terbesar kepada pembangkang sedangkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad perlu meningkatkan sokongan orang Melayu,” katanya.

Pada Sabtu, Mahathir mengumumkan pengenalan kepada seni kaligrafi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat adalah muktamad, menegaskan kerajaan tidak pernah menghalang penulisan bahasa ibunda lain.

Sebelum ini, lebih 100 pemimpin akar umbi DAP termasuk 13 Adun menggesa menteri-menteri parti itu membantah rancangan tersebut.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan