Header Ads

ads header

Flash News

Mahathir Sahkan Ada Bertemu Pemimpin Pembangkang


PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan sudah bertemu dengan beberapa pemimpin daripada parti UMNO, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pembangkang Selasa lalu.

Menurutnya, sebarang pertemuan dilakukan dengan semua pihak bukan hanya dari pemimpin politik pembangkang malah, badan bukan kerajaan (NGO).

“Mereka (pemimpin pembangkang) datang daripada pelbagai parti termasuk PAS, UMNO dan dari Sarawak mahu berjumpa saya, saya terima untuk berjumpa. Saya dengar apa mereka mahu kata.

“Bila mereka luahkan sokongan kepada saya, saya berterima kasih,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hari ini media tempatan melaporkan bahawa terdapat sumber mengatakan sekumpulan pemimpin pembangkang membuat pertemuan dengan Dr. Mahathir pada malam Selasa lalu untuk memberi sokongan supaya beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal.

Ketika diminta mengulas mengenai sokongan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang terhadap dirinya dalam isu sama, Dr. Mahathir menyifatkan ia bukan perkara baharu.

“Seperti yang anda tahu, Presiden Pas seringkali menyatakan bahawa beliau menyokong saya. Ini bukan perkara baharu,” katanya.

Jelas Dr. Mahathir, beliau masih memegang pada janji untuk menyerahkan jawatannya seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

“Lainlah kalau mereka letakkan senjata di kepala saya,” katanya. – Sinar Harian



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan