Header Ads

ads header

Flash News

Kit Siang Perlu Keluar Dari Malaysia, Bukan Zakir Naik


KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang perlu keluar dari Malaysia dan bukannya pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik.

Demikian reaksi Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berhubung kenyataan Kit Siang yang menyokong pandangan peguam Anas Zubedy bahawa Dr. Zakir perlu keluar secara sukarela dari negara ini kerana kehadirannya mencetuskan suasana tidak selesa antara kaum dan agama.

Berikut adalah kenyataan penuh Ahmad Fadhli seperti yang dipetik dari HarakahDaily:

SAYA membaca laporan yang disiarkan oleh MalaysiaKini berhubung persetujuan Lim Kit Siang agar Dr. Zakir Naik keluar dari Malaysia secara sukarela demi menjaga keharmonian berbilang kaum negara ini. Lim Kit Siang dikatakan menyatakan pandangannya itu sebagai tanda setuju dengan saranan penulis Anas Zubedy sebelumnya supaya pendakwah bebas antarabangsa itu meninggalkan negara ini.

Saya dukacita dengan pandangan Lim Kit Siang yang merupakan seorang ahli politik veteran di mana beliau sewajarnya telah mana memahami Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara ini yang membenarkan agama Islam disebarkan kepada bukan Islam dan bukan sebaliknya. Menyifatkan bahawa pendekatan Zakir Naik kurang sesuai dengan negara ini kerana boleh menyebabkan bukan Islam memeluk Islam ialah satu alasan yang dangkal.

Dr. Zakir Naik tidak pernah memaksa mana-mana pihak menerima pandangannya, beliau hanya berhujah dengan menggunakan kaedah pembandingan agama dan terpulanglah kepada mana-mana pihak untuk menerima atau menolaknya. Sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, tiada sebarang alasan untuk menyatakan bahawa pendekatan Dr. Zakir Naik itu tidak sesuai untuk negara ini.

Jika adapun yang perlu keluar dari Malaysia, orang itu ialah Lim Kit Siang yang gagal memahami Perlembagaan Persekutuan dan bukannya Dr. Zakir Naik. Malaysia lebih beruntung jika orang seperti ini tiada di bumi Malaysia. – UTUSAN ONLINE



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Dengan menggunakan alasan karut marut ciptaan LKS dan AZ (Syiah?), LKS dan AZ mahu pendakwah Islam keluar dari Msia.

    Maka LKS dan AZ sepatutnya meminta semua paderi, sami dan pendakwah kafir keluar dari Msia. Selama ini pendakwah kristian dll berusaha menyesatkan dan memurtadkan umat Islam di Msia dan tindakan ini telah menghina Perlembagaan Persekutuan seperti perkara 3 (1).

    Mengapa LKS dan AZ tidak mengarahkan semua pendakwah kafir tersebut keluar dari Msia? Bukankah ini mendedahkan sikap hipokrit LKS dan AZ sendiri?

    BalasPadam