Header Ads

ads header

Flash News

Lebih 30,000 undi Kit Siang keluar Malaysia


KUALA LUMPUR 1 Ogos - Lebih 32,000 warga maya mengundi mahukan Penasihat DAP, Lim Kit Siang keluar Malaysia, disebalik suara-suara mendesak pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik meninggalkan negara ini.

Undian melalui laman media sosial Facebook itu dilakukan oleh akaun Fakir Ilmu bermula hari ini, yang setakat 8.10 malam tadi telah mengumpul 33,700 pengundi.

Daripada kesemua pengundi yang terlibat, 98 peratus memilih ‘Lim Kit Siang keluar Malaysia’.

“Memandangkan Lim Kit Siang meminta Dr. Zakir Naik keluar secara sukarela dari Malaysia, maka kami di Fakir Ilmu hendak buat undian, siapa hendak Lim Kit Siang keluar dari Malaysia dan Dr. Zakir Naik kekal di Malaysia,” menurut keterangan undian tersebut.

Kemudian, Fakir Ilmu menerusi laman web berkata, walhal tiada langsung jenayah atau salah laku yang dilakukan Dr. Zakir selama (berada) di negara ini.

“Amat menghairankan apabila ahli politik yang dikaitkan dengan salah laku besar iaitu rogol pula seolah dilindungi oleh ahli politik Malaysia baharu, serta cuba ‘disapu’ di bawah karpet,” dakwa Fakir Ilmu menerusi laman web, www.fakirilmu.com, hari ini.

Jelas laman web itu lagi, di sebalik janji manifesto yang dimungkiri, ekonomi yang cacamarba, kestabilan politik yang semakin merisaukan dan perpaduan rakyat yang semakin retak, nampaknya terdapat satu hal yang sentiasa konsisten diperjuangkan oleh ahli politik kerajaan Malaysia baharu.

“Mereka bermati–matian cuba menghalau serta memburukkan pendakwah Islam, Dr Zakir Naik.

”Ini membuatkan kita tertanya–tanya sama ada agenda menghalau Dr. Zakir Naik ini sememangnya ditulis sebagai salah satu janji pilihan raya mereka,” soal laman web itu.

Mengulas mengenai undian yang dijalankan, Fakir Ilmu membangkitkan reaksi sesetengah warga maya yang meminta agar Kit Siang mengemukakan bukti bahawa beliau sememangnya lahir di Malaysia.-UTUSAN ONLINE




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Tunggu apa lagi apek dapigs? blah le cepat

    BalasPadam
  2. HALAU....HALAU....
    HALAU dengan MAHATHIR tu sekali.

    menyemak ja

    BalasPadam
  3. Mahathir lahir dari karala? Kit siang?
    Sama2 pendatang, susahkan penduduk asal!

    BalasPadam