Header Ads

ads header

Flash News

Belanda larang wanita Islam pakai niqab


THE HAGUE: Belanda mengeluarkan larangan pemakaian kain penutup muka termasuk niqab kepada wanita Islam pada Khamis, lapor agensi berita Anadolu memetik Kementerian Dalam Negeri.

Larangan itu termasuk menutup muka dengan kain, topeng dan topi keledar, dikuatkuasakan di kawasan tertentu seperti institusi pendidikan, pusat penjagaan kesihatan, pengangkutan awam dan di bangunan kerajaan.

Menurut kenyataan itu lagi, pegawai di kawasan terbabit berhak meminta individu yang memakai penutup muka untuk menanggalkannya atau dilarang memasuki kawasan berkenaan.

Menurut media Belanda, mereka yang didapati melanggar larangan itu boleh didenda sekurang-kurangnya €150 (AS$165).

Akhbar harian Algemeen Dagblad melaporkan pada Rabu di bawah Artikel 53 Kanun Jenayah Belanda, orang ramai yang merasakan terganggu dengan wanita yang memakai niqab mempunyai hak untuk bersuara secara lisan atau fizikal.

Umat Islam tempatan menyuarakan kebimbangan mereka terhadap larangan itu dan menuduh akhbar itu menjadikan wanita Islam sebagai sasaran.

Amnesty International dan Dewan Negara Belanda membantah larangan itu, dengan mengatakan ia menyekat kebebasan beragama.

Parti Nida Belanda, yang diasaskan komuniti Islam, berkata pihaknya akan membayar denda bagi pihak wanita yang memilih untuk memakai niqab.

Dianggarkan kira-kira 150 wanita Islam di Belanda memakai niqab.

MR :  Celaka!!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Tiba2 di belanda suhunya meningkat kesan gelombang panas di eropah. Apakah ini bukan satu bencana dari Allah?

    BalasPadam