Header Ads

ads header

Flash News

Rosak fabrik kepala bapak kau?


“Merosakkan fabrik kepala ‘bapak’ kau? Kamu sudah menjadi secina-cinanya, malah lebih Cina daripada Cina di negara China, mahu apa lagi. Berbaris minta jadi warganegara tetapi Bahasa Melayu tunggang-langgang? Layakkah kamu tinggal di sini.”

Demikian bidas pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mengenai gesaan DAP termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kepada anggota Kabinet parti itu supaya membantah rancangan memperkenalkan tulisan ‘khat’ atau seni kaligrafi dalam kurikulum tahun 4 Bahasa Malaysia untuk sekolah vernakular.

Terdahulu, seramai 138 pemimpin akar umbi DAP, termasuk 13 Adun membuat gesaan itu berikutan murid sekolah vernakular sudah mempelajari ‘tiga bahasa dan tiga sistem penulisan’.

Kumpulan itu mendakwa, pengenalan tulisan ‘khat’ adalah usaha untuk ‘melembagakan’ dan mempolitikkan tulisan Jawi.

“Kami bukan tak setuju bahawa ‘khat’ mempunyai nilai artistik, tetapi orang ramai harus digalakkan untuk menghargainya sendiri dan bukan dibuat dasar.

“Mereka yang mempunyai agenda mungkin merebut peluang untuk memperkenalkan Jawi di semua peringkat. Jika Jawi diinstitusikan, ia akan merosakkan fabrik sosial di Malaysia,” katanya.

Difahamkan, gesaan itu timbul selepas Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching baru-baru ini memaklumkan bahawa, penggunaan tulisan Jawi dalam buku teks sekolah akan terus digunakan sehingga tahun 2020.

Beliau menjelaskan tulisan Jawi atau seni khat dalam buku teks sudah digunakan sejak tahun 2016.

Menyifatkan gesaan pemimpin DAP itu sebagai agresif, Ridhuan Tee berkata, proses ‘pencinaan’ sedang berlaku secara besar-besaran untuk menenggelamkan sebarang identiti Melayu dan Islam selaku penduduk asal negara ini.

Beliau mengingatkan ultra kiasu yang juga ‘pendatang’ supaya sedar diri sekiranya mahu meneruskan proses ‘pencinaan’ di negara ini.

“Kerajaan sudah terlalu baik, memberikan kebebasan pendidikan dengan wujud sekolah vernakular secina-cinanya sehingga orang daripada negara Komunis China menggeleng kepala melihat proses ‘pencinaan’ yang sangat keterlaluan, mereka yang Cina di China pun tidak dapat ‘pencinaan’ seperti ini.

“Bandar Sekinchan seolah-olah berada di negara China. Saya tidak tahu, apa kerja PBT (pihak berkuasa tempatan) dalam memantau perkara ini? PBT di sana goyang telurkah?

“Seultra-ultra mendiang Lee Kuan Yew, mendiang masih boleh membaca jawi dengan baik. Bukankah itu satu kredit. Peliknya ultra kiasu ini lebih ultra daripada mendiang Lee Kuan Yew. Dalam kata lain, ultra kiasu yang ada di negara ini sangat bahaya. Pemikiran mereka lebih Komunis daripada Komunis,” kata beliau.

Pada masa sama, Ridhuan Tee meminta kerajaan menghidupkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk mengajar ultra kiasu ini daripada menjadi kurang ajar.

“Apa-apa yang boleh mencetuskan keharmonian negara ini sehingga mereka hilang rasa hormat kepada penduduk dan peribumi, humban terus mereka ini ke penjara,” tegas beliau.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. HAPUSKAN SEKOLAH VERNAKULAR TU SEMUA.

    dah macam sekolah yg menghasilkan pemikiran komunis tak beragama dh aku tengok.
    menghasilkan pelajar berfikiran racist dan mendewakan wang.
    terlebih mat salleh dari mat salleh.

    sebenarnya ni la bangsa makjuj kalau korang nak tahu, hidung pesek muka macam perisai. turun dari segala tempat tinggi an menyebarkan kerosakkan di muka bumi..

    bangsa paling menyusahkan di timur... yg kulit kuning merah ni la. (makjuj)
    bangsa paling menyusahkan di barat... yang putih merah. (yakjuj)

    sebab tu kamceng ja dua ekor ni di persada dunia.

    tak suruh percaya pun...
    aku ni otak tak normal dh.

    BalasPadam