Header Ads

ads header

Flash News

MB Perak arah pembalakan di Tasik Cunex henti serta-merta


IPOH: Semua aktiviti pembalakan dalam kawasan yang menjadi pertikaian penduduk Orang Asli Kampung Tasik Cunex dekat Gerik diarah dihentikan serta-merta sehingga proses perbincangan antara kerajaaan negeri dan komuniti terlibat selesai.

Arahan dikeluarkan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu dalam kenyataan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Waytha Moorthy yang dikeluarkan hari ini.

Menurut kenyataan itu, Faizal dan Waytha mengadakan satu pertemuan semalam yang turut dihadiri Peguam Negara Tommy Thomas bagi membincangkan isu Orang Asli Kampung Tasik Cunex.

Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri akan bekerjasama untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan komuniti Orang Asli serta mengambil serius perkara berkaitan hak-hak komuniti itu.

“Kedua-dua kerajaan komited untuk mencapai penyelesaian yang adil dan saksama untuk melindungi kepentingan komuniti Orang Asli di penempatan berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Penduduk Orang Asli di Kampung Tasik Cunex membina sekatan sejak awal tahun ini bagi menghalang lori daripada mengeluarkan hasil balak di kawasan mereka, dan pada 16 Mei lalu, Faizal membenarkan pihak penguatkuasaan merobohkan sekatan berkenaan setelah meneliti semua aduan serta sudut perundangan.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan