Header Ads

ads header

Flash News

Emas cecah RM280,000 dijumpai dalam perut wanita


Sepasukan doktor di Hospital Madhya Pradesh, di wilayah Chhattarpur, India terkejut selepas membuat pembedahan ke atas seorang wanita dan menjumpai sejumlah barang kemas di dalam perutnya.

Runi Khatun, 26 tahun pada mulanya dibawa ke hospital selepas berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya apabila muntah setiap kali menjamah makanan.

Mengesyaki ada yang tidak kena dengan perutnya, sepasukan pakar bedah kemudiannya memutuskan untuk melakukan pembedahan perut mangsa dalam satu prosedur yang berakhir dengan kejutan besar.

Ketika dibedah, doktor mengeluarkan 60 utas rantai, 80 bentuk anting-anting, 46 keping duit syiling, 8 loket, 11 anting-anting hidung, 4 kunci, 5 rantai kaki dan 1 jam daripada perut pesakit.



Menurut ibu Runi, dia menyedari sejumlah barang kemas miliknya hilang tetapi tidak menyangka semua ditelan anak perempuannya.

Katanya, Runi sebelum ini sering menangis setiap kali ditanya mengenai kehilangan duit syilling dari kedai abangnya.

Sementara itu, Doktor Siddharta Biswas berkata, mangsa berada dalam keadaan terlalu lemah dan kurus ketika dibawa ke hospital.

“Keadaan dia sangat kritikal dan memerlukan sekurang-sekurangnya lima botol darah.” katanya.



Menurut Biswas lagi, Runi tidak mampu untuk makan dan mereka terpaksa merujuknya ke bahagian nutrisi bagi menstabilkan keadaannya dalam tempoh seminggu sebelum dapat dibedah.

“Kalau pesakit dibedah awal, risiko pesakit mati adalah tinggi,” katanya lagi.

Dalam pembedahan selama sejam 15 minit, doktor berjaya mengeluarkan semua benda asing daripada perutnya dan kini keadaan Runi kembali stabil.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan