Header Ads

ads header

Flash News

UMNO-Pas mampu rampas Kedah pada PRU15



ALOR SETAR - Kerjasama UMNO-Pas yang sedang berlangsung di Kedah dilihat mampu memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berdasarkan kepada perkembangan semasa dan sokongan tinggi yang ditunjukkan masyarakat setempat di peringkat akar umbi.

Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan hari ini diterajui oleh Pakatan Harapan (PH) yang cuba merealisasikan Malaysia Baharu dilihat gagal malah semakin celaru dengan pelbagai isu di peringkat nasional.

"Dengan izin ALLAH SWT (UMNO-Pas menang pada PRU15 di Kedah). Saya mempunyai keyakinan tinggi dengan kerjasama ini dan dan ia perlu dipertahankan sebaik mungkin atas kehendak rakyat di peringkat akar.

"UMNO dan Pas Kedah juga perlu mengelakkan dari sebarang kelemahan yang boleh menjejaskan kerjasama yang sedang dibina sekarang," katanya pada sidang media selepas Perjumpaan Mahabbah Perpaduan Ummah di Kompleks Pas Kedah, di sini hari ini.

Semua kepimpinan UMNO bahagian dan Pas kawasan termasuk kepimpinan negeri kedua-dua parti bergambar kenangan selepas Perjumpaan Mahabbah Perpaduan Ummah di Kompleks Pas Kedah, dekat sini hari ini.
Semua kepimpinan UMNO bahagian dan Pas kawasan termasuk kepimpinan negeri kedua-dua parti bergambar kenangan selepas Perjumpaan Mahabbah Perpaduan Ummah di Kompleks Pas Kedah, dekat sini hari ini.

Mengulas mengenai keyakinan netizen di media sosial bahawa UMNO-Pas berpeluang menang besar dan menyapu bersih kerusi pada PRU akan datang terutamanya di Kedah, Jamil Khir berharap perkara tersebut mampu menjadi kenyataan.

"Ada rakyat di peringkat akar umbi yang terdiri dari ahli UMNO mahupun Pas mengakui sudah lama menunggu kerjasama ini dapat direalisasikan. Mereka mahu ia dipertahankan dan diterjemahkan dalam peti undi pada PRU15 nanti," katanya lagi.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Kedah, Ahmad Yahya berkata, Konvensyen Perpaduan Ummah Peringkat Kedah akan diadakan pada 28 September depan dan perjumpaan semua kepimpinan Pas dan UMNO Kedah pada hari ini adalah langkah-langkah awal bagi pengukuhan pemuafakatan negeri.

"Konvensyen ini adalah rentetan kepada hari penting kita pada 14 September iaitu tandatangan Piagam Muafakat Nasional yang diadakan di PWTC," katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan