Header Ads

ads header

Flash News

Zakir Naik buat laporan polis ke-2 terhadap Ramasamy


KUALA LUMPUR: Dr Zakir Naik membuat satu lagi laporan polis terhadap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy berhubung tuduhannya terhadap penceramah kontroversi itu di media India.

Peguamnya, Akhberdin Abdul Kadir memberitahu pemberita bahawa Ramasamy dalam temubual dengan India Today menuduh Naik seorang yang “venomous”, “stricter”, “hate monger” dan “fraudster”.

Akhberdin berkata anak guamnya akan mengeluarkan surat tuntutan terhadap Ramasamy esok, menuntut timbalan menteri itu memohon maaf.

Beliau juga berharap polis bertindak terhadap Ramasamy susulan kenyataan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Badoor bahawa mana-mana pihak yang cuba membangkitkan sensitiviti perkauman, bangsa dan agama.

“Tapi Ramasamy masih lagi buat dan minta Zakir Naik dihukum,” katanya.

Terdahulu, Zakir ke Bukit Aman berhubung laporan polisnya terhadap Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran, mendakwa Kula memfitnahnya dan mahu menteri itu menarik balik kenyataannya dan memohon maaf.

Akhberdin malam tadi berkata pihaknya sedang membuat persediaan untuk menyaman Ramasamy, Kula, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan bekas duta, Dennis Ignatius.

“Kita sedang siapkan beberapa dokumen. Kita akan failkan dalam masa terdekat,” katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan