Header Ads

ads header

Flash News

Wan Ji, Ulama DAP bayar jaminan kerana kuliah tanpa permit


MELAKA: Pendakwah kontroversi Wan Ji Wan Hussin dibebaskan Mahkamah Syariah Melaka, di sini petang ini setelah menjelaskan wang jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin kira-kira jam 3 petang tadi.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Rahimin Bani ketika dihubungi NSTP memberitahu perkara itu dan tarikh sebutan kes ditetapkan pada 23 Oktober ini.

“Wan Ji hadir ke Pejabat Bahagian Penguatkuasaan JAIM di Kompleks Perniagaan Al-Azim Bukit Palah di sini kira-kira jam 10 pagi tadi bersama peguamnya selepas mendapat notis yang diposkan JAIM kepadanya Jumaat lalu.

“Kedua-dua mereka memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang prosedur bagi membantu siasatan berkaitan tindakan Wan Ji memberi ceramah tanpa tauliah ketika kuliah subuh di Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj, Bukit Beruang pada 14 Julai lalu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepadanya kerana membantu pihak berkuasa dan berharap orang ramai tidak membuat andaian kerana ia adalah proses siasatan biasa,” katanya ketika dihubungi NSTP di sini, hari ini.

Tambahnya, selepas selesai prosedur berkenaan Wan Ji dibawa ke Mahkamah Syariah Melaka kira-kira jam 12.30 tengah hari.

“Mahkamah kemudian membebaskannya setelah menjelaskan wang jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin pada kira-kira jam 3 petang tadi dan menetapkan 23 Oktober untuk sebutan kes.

“Saya harap, tiada pihak yang mengganggu proses ini terutamanya penyokong kerana Wan Ji sendiri beliau sangat memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses siasatan,” katanya.

Terdahulu NSTP petang tadi melaporkan Wan Ji ditahan Bahagian Penguatkuasaan JAIM ketika diminta hadir ke pejabat JAIM bagi membantu siasatan berhubung tindakannya memberi ceramah tanpa tauliah ketika kuliah subuh di Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj, Bukit Beruang pada 14 Julai lalu.

Tindakan itu menjadi kesalahan mengikut Seksyen 70 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991 kerana memberi ceramah tanpa tauliah yang boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum 36 bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pada 21 Julai lalu, satu kekecohan berlaku susulan kehadiran pendakwah kontroversi itu ketika kuliah Maghrib di Masjid Ar Rahman Kampung Parit Melana, Durian Tunggal, Alor Gajah, hanya beberapa hari selepas ceramah tanpa tauliah di Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj, Bukit Beruang.

Wan Ji pada 9 Julai lalu dijatuhi hukuman penjara setahun selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam, menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman sembilan bulan penjara kerana menerbitkan perkataan menghasut dan menghina Sultan Selangor, tujuh tahun lalu.

Bagaimanapun, tiga kemudian iaitu pada 12 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan penangguhan hukuman penjara setahun terhadapnya sehingga proses rayuan di Mahkamah Rayuan selesai.

Wan Ji didakwa pada 10 September 2014, menerbitkan perkataan menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah, termasuk membabitkan isu agama dalam Facebook (FB) dengan nama wanji.attaaduddi.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, Shah Alam, pada 10 pagi, 5 November 2012.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Ulamak yg natural tidak dilantik oleh kafir. Ulamak yg natural dilantik oleh orang islam sendiri.

    BalasPadam