Header Ads

ads header

Flash News

Lebih 70,000 ikuti ceramah Zakir Naik di Kelantan


KOTA BHARU - Lebih 70,000 pengunjung membanjiri Stadium Sultan Muhammad IV untuk mengikut secara dekat perkongsian ilmu oleh pendakwah antarabangsa tersohor, Dr Zakir Naik, di sini malam ini.

Dr Zakir tiba dengan kenderaan pacuan empat roda disambut kepimpinan kerajaan Kelantan dan dif-dif kehormat.

Laungan Allahuakhbar bergema di dalam stadium setelah pendakwah tersebut melambai tangan ke arah hadirian yang membanjiri padang stadium tersebut seawal jam 6 petang.

Program hari terakhir Jelajah Dakwah Dr Zakir Naik 2019 ini dimulakan dengan solat hajat menuntut mempercepatkan pembayaran royalti minyak kepada Kelantan yang diimamkan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.




Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob dan kepimpinan tertinggi kerajaan negeri.

Sebelum pidato daripada Dr Zakir, hadirin dihidangkan dengan perkongsian daripada anak beliau, Fariq Zakir yang menyentuh mengenai keindahan Islam dan ketentuan ALLAH adalah yang terbaik berbanding perancangan manusia.

Manakala Dr Zakir Naik yang memulakan pidatonya pada jam 11 malam banyak menyentuh mengenai 'bangunkan' Muslim supaya sedar dari apa dilakukan untuk tidak terus lalai.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob dalam ucapannya berkata, majlis seumpama ini meninggalkan satu sejarah yang mendalam kepada Kelantan.

Katanya, rakyat Kelantan bertuah kerana sering kali dilawati pemimpin Islam dunia.

Malah beliau berkata, apa sahaja pendekatan digunakan Dr Zakir Naik untuk menyampaikan ilmunya adalah untuk menegakkan kebenaran dalam Islam.

"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan saya juga tahu rakyat Kelantan adalah mereka yang sangat prihatin terhadap program ilmu sebegini, Alhamdulilah," katanya.



MR :  LKS kecut perut nak datang ke Kelantan... Ingat berada di Iskandar Puteri selamat tapi kena boo


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan