Header Ads

ads header

Flash News

Amanah sibuk fokus penyatuan ummah, tidak sedar parti sendiri bermasalah


Pemimpin-pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) terutama Pengarah Biro Komunikasinya, Khalid Abdul Samad terlalu ‘sibuk’ mengenai penyatuan UMNO-Pas sehingga lupa menjaga parti sendiri.

Perkara itu menyebabkan parti tersebut mengalami masalah sehingga Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) mereka di seluruh negara terpaksa dibatalkan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Baling, Mohamad Sahabudin Besher Mohamad

berkata, Khalid sepatutnya menumpukan perhatian kepada cara menyelesaikan masalah parti sendiri yang ternyata masih lemah.

Katanya, insiden AGM Amanah di seluruh negara yang terpaksa dibatalkan, jelas membuktikan kelemahan parti tersebut.

“Mungkin Khalid terlalu menghabiskan masa mencari kelemahan perpaduan ummah UMNO dan Pas sampai terlupa menguruskan parti sendiri. Tidak hairanlah mengapa rakyat sudah menolak Amanah dan Pakatan Harapan (PH) kerana mereka sudah dapat menilai kemampuan PH,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof mengesahkan AGM parti itu di beberapa kawasan di seluruh negara dibatalkan ekoran beberapa isu teknikal.

Sebelum itu, sebuah portal melaporkan sebanyak 148 AGM termasuk peringkat kawasan, sayap wanita dan pemuda Amanah dibatalkan di seluruh negara kecuali Sabah.

Menurut portal itu, daripada jumlah tersebut, sebanyak 81 terbatal melibatkan AGM peringkat kawasan manakala 32 AGM bagi Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN) dan 35 AGM bagi sayap pemuda parti itu.

Dalam pada itu, Mohamad Sahabudin turut memberi perumpamaan agar Amanah tidak menjadi seperti kangkung yang ‘pucuknya angkuh memanjat bukit namun tidak sedar akar terendam air parit’. – UTUSAN ONLINE




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan