Header Ads

ads header

Flash News

Ameerah-Puteri sedia gerak ke akar umbi


KUALA LUMPUR: Generasi masa depan termasuk kalangan wanita muda adalah harapan untuk mengembalikan negara ini kepada sebuah pemerintahan adil berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

Ketua Pengarah Ameerah Malaysia, Zuraida Md Noor berkata, harapan tersebut akan berlanjutan dari piagam penyatuan yang akan dimeterai esok di mana menuntut peranan kalangan wanita muda.

"Wanita muda akan turun ke peringkat akar umbi untuk menyampaikan penerangan mengenai agenda ummah ini," seru beliau pada Wacana Wanita Muda sempena Himpunan Wanita Penyatuan Ummah, di PWTC tengahari tadi.



Hal tersebut diperkukuhkan lagi dengan seruan Ketua Puteri Umno Malaysia, Dato' Zahida Zarik Khan yang mahu kedua sayap itu saling bekerjasama menjayakan agenda penyatuan ummah ini.

"Ta'awun siyasi yang disepakati antara PAS dan Umno mesti difahami oleh wanita muda agar kita boleh terus bersatu," ujar beliau.

Satu montaj mengenai penyatuan dan ta'awun siyasi itu turut ditayangkan kepada hadirin dalam menyuluh penjelasan lebih terang mengenai agenda kedua-dua parti terbesar negara ini.

Kedua entiti ini turut merakam simbolik hubungan kedua pihak dan sokongan kepada agenda penyatuan ini dengan pertukaran cenderahati. -HARAKAHDAILY 13/9/2019




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan