Header Ads

ads header

Flash News

Merangkak pun saya sanggup datang


KUALA LUMPUR - "Meskipun terpaksa merangkak, saya tetap akan datang memberikan sokongan pada hari bersejarah ini," kata Rokiah Samsudin.

Rokiah, 67, antara ribuan peserta yang hadir pada Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Kata Rokiah, dia yang mengalami masalah kesihatan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak meminta bantuan rakan untuk menghantarnya ke lokasi himpunan awal pagi tadi.

"Matlamat saya datang hari ini adalah untuk memberikan semangat kepada himpunan perpaduan Melayu- Islam.

    "Saya tidak mahu terlepas untuk menyaksikan sendiri hari yang penuh bersejarah ini. Syukur Alhamdulillah urusan saya dipermudahkan untuk sampai ke sini (PWTC)," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Jelas ahli UMNO dari Selayang itu, dia juga sanggup membatalkan penerbangan ke Padang, Indonesia, yang dijadualkan hari ini selepas menerima maklumat mengenai himpunan tersebut.

"Saya sepatutnya berlepas ke Padang tetapi saya ambil keputusan untuk tidak turut serta percutian bersama-sama rakan demi himpunan ini," katanya.

Hari ini, sejarah tercipta apabila buat pertama kalinya bendera Pas berkibar sama aras dengan bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa’ di PWTC.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan bersama, mengumumkan kerjasama antara kedua-dua parti akan diputuskan melalui pemeteraian piagam dan MoU esok.

Piagam dan MoU itu akan ditandatangani sendiri presiden kedua-dua parti dan majlis itu akan dihadiri semua pemimpin UMNO serta Pas dari seluruh negara.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan