Header Ads

ads header

Flash News

Buat 'haruk' di pantai Lahad Datu, geng mat motor kena 'tibai' pengunjung (video)


KUALA LUMPUR, 2 Sept — Sekumpulan anak muda bermotosikal yang berbuat bising di pantai Makuau di Lahad Datu dihalau dan dibelasah beberapa pengunjung kelmarin.

Dalam rakaman empat minit yang tular sejak kelmarin, kumpulan tersebut dilihat memulas pedal minyak sehingga menimbulkan bunyi bingit hingga mengganggu pengunjung pantai.

Beberapa pengunjung lelaki kemudian mendatangi mereka dan meminta kumpulan tersebut supaya beredar dari situ kerana pantai itu “Ini “bukan tempat race (lumba) motosikal”.

“[Jangan] mengganggu, ada budak-budak tidur,” kata seorang individu.

Bimbang dengan “teguran” itu, mereka melarikan diri sehingga ada meninggalkan motosikal apatah lagi seorang wanita dilihat membawa batang kayu sambil mengingatkan mereka supaya “jangan kurang ajar”.



Kemuncak kekecohan menyaksikan seorang penunggang diterajang secara “flying kick” mengakibatkan lelaki dari kumpulan tersebut jatuh motosikal.

Rakaman itu mendapat reaksi warga maya, rata-ratanya mengutuk perbuatan mat motor.

Sid: Hahahaha kemaruk sangat, macam tak cukup jalan je nak buat haruk. Siap pi kat pantai, rem (pulas pedal) motor kuat-kuat dengan ada budak kecik bagai, bawa motor kat pantai. Sekali kena tibai ramai-ramai.

Shiyaya Adan Shirabiru: Atas jalan raya ko merempit, di pantai pun kau orang nak tunjuk hebat jugak ke? Habis tu kat mana lagi tempat untuk masyarakat untuk rasa selamat & selesa?

Azuwa Wawa: Kurang ajar. Bagi kasi ajar sama diorang. Pantai tempat orang beriadah bersama family (keluarga). Tempat-tempat orang bercuti. Bukan tempat orang merempit.

Rodriguez Awal: Macam orang baru dapat motor. Bagus juga dibagi “flying kick”. Mana tau otak dia terus berhubung.

Mohd Saufi Die: Macam tiada fikiran... tak terfikirkah yang masuk di pantai tu salah. Berapa kali sudah diarahkan naik pi (pergi) jalan raya masih lagi di situ.. Kan dah kena kick (terajang).





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan