Header Ads

ads header

Flash News

Cherita Tauke Cina Dan Veteran Pas


Ada satu cherita, berlaku ketika anak-anak muda ramai turun menyaksikan bigscreen perlawanan akhir bola sepak Kedah vs Perak baru-baru ini. Bigscreen anjuran UMNO dan PAS sebuah kawasan di Kedah.

Seorang veteran PAS berbaju Melayu, berserban putih turun dari kereta, yang di-parking berhadapan sebuah kedai Cina. Kebanyakan kedai-kedai Cina berhampiran sudah tutup. Hanya satu kedai Cina itu sahaja belum tutup. Kelihatan tauke-nya sedang berkira-kira mahu tutup kedai.

"Tauke, kita mau tumpang parking sini," ujar veteran PAS tersebut.

"Aaa... boleh. Ada apa ramai-ramai aji? Ada mau gaduh ka?" tanya tauke Cina tersebut.

"Mana ada gaduh, kita mau tengok bola saja," jawab veteran PAS.

"Kita takut ada gaduh ooo. Sekarang suma tak macam dulu. Kita orang Cina sini takut, DAP punya pasal boleh kasi orang Melayu marah," tiba-tiba sahaja tauke Cina itu bagai meluah perasaan.

"Pasaipa tauke cakap macam tu? Kita tak mau gaduh. Mau tengok bola saja," veteran PAS cuba mengakhiri perbualan, sebab dua orang ahli kereta yang ikut bersamanya telah pun bergerak ke tempat kejadian.

Tauke Cina itu mengangguk.

"Tapi hati kecil kami takut ooo. Dulu tadak rasa takut macam ni ooo. Dulu selamat, orang Melayu suma baik dengan kita,"

"Sekarang pun baik, kita tak kacau orang," jawab veteran PAS itu.

"Tapi itu DAP manyak kasi kacau buat orang Melayu marah..."

"Tak apalah tauke, saya nak pergi ke sana dah ni, Terima kasih bagi saya parking sini,"

"Ok, sama-sama." Tauke Cina itu terus menutup kedainya.

"Jom" veteran PAS itu mengajak seorang lagi ahli kereta yang masih ada di sebelahnya.

Dr Tanaka Mustafa

+++++++++++++++++++

Pengajaran: Kita kena buang segala prejudis untuk hidup harmoni sesama masyarakat.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan