Header Ads

ads header

Flash News

Menteri tak faham? Ini kempen beli produk muslim bukan boikot


Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Yusof jelas tidak faham sebab utama Kempen Beli Produk Muslim dilancarkan di seluruh negara, kata Setiausaha Agung Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Eqwan Roslan.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Yusof dilaporkan berkata, kempen memboikot barangan keluaran bukan Islam tidak sepatutnya berlaku di negara yang berbilang kaum.

“Tak kena dengan kempen, kalau dah halal cukuplah, kalau dapat sijil halal Jakim sudah cukup untuk menjual, tak perlu boikot kerana ia tidak konstruktif,” katanya.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak bijak, Eqwan menegaskan, gerakan yang dilancarkan secara besar-besaran adalah kempen untuk membeli produk muslim, bukan kempen memboikot.

“Mungkin menteri terkeliru atau merujuk kepada gerakan boikot yang tidak dikenali. Tidak ada apa-apa masalah mengajak rakyat membeli barangan tertentu, sama seperti produk-produk lain berkempen.

“Atau mungkin menteri cuba untuk menyimbangkan semula imej setelah mungkin menyinggung perasaan pihak tertentu sebelum ini?,” soalnya.

Terdahulu, pertubuhan bukan kerajaan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dan Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) dilaporkan menggerakkan Kempen Membeli Produk Muslim kepada masyarakat Islam di negara ini.

Kempen itu bertujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga Islam dan memberi alternatif lain kepada masyarakat Islam.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan