Header Ads

ads header

Flash News

Gesaan letak jawatan tak relevan, Zuraida jawab naib ketua Wanita PKR


PUTRAJAYA: Zuraida Kamaruddin berkata gesaan supaya beliau meletakkan jawatan sebagai menteri perumahan dan kerajaan tempatan adalah tidak relevan.

Ketua Wanita PKR itu enggan mengulas lanjut gesaan naib ketuanya, Faizah Ariffin dan tidak berasa khuatir akan kemungkinan gesaan itu menjejaskan hubungan mereka dalam parti.

“Saya tidak khuatir. Tak releven dia orang ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Inovasi KPKT 2019 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan naib ketua wanita PKR itu selepas tidak berpuas hati dengan cadangan Zuraida untuk menarik pembeli dari China dan Hong Kong bagi mengatasi masalah lambakan rumah tidak terjual di Malaysia.

Faizah berkata, cadangan Zuraida untuk menarik pembeli dari luar negara membeli rumah mewah yang tidak terjual merupakan cadangan yang dilihat kotor dan khianat kepada rakyat Malaysia.

Ini bukan kali pertama Faizah mengeluarkan kenyataan menggesa Zuraida berundur, pada Jun lepas beliau pernah menyarankan agar naib presiden PKR itu meninggalkan parti.

Zuraida sebelum ini berkata, Kempen Pemilikan Rumah (HOC) untuk pembeli dari China dan Hong Kong adalah bagi menyelesaikan isu lambakan rumah tidak terjual dan masih masih lagi di peringkat cadangan.

Menurutnya, kempen yang terhad untuk rumah mewah tidak terjual itu baru dibincangkan kementeriannya dan cadangan kempen itu adalah merupakan maklum balas awal daripada lawatannya ke Hong Kong dan China baru-baru ini.

Zuraida berkata, HOC yang mahu dibuka kepada pembeli luar negara itu juga adalah bagi rumah yang berharga melebihi RM1 juta.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:

  1. Robohkan sahaja rumah2 yang tak terjual di Malaysia ni.
    lebih2 lagi yang juta-juta tu.

    nyemak ja.. dah la Tanah makin mahal dibuatnya.

    Pemaju tanggung la kerugian tu sendiri oleh sebab tak buat kajian dulu tentang trend atau keperluan pembeli rumah.

    Paling kurang pun si pemaju dipaksa membayar penalty setiap bulan kepada kerajaan jika rumah tersebut tidak dapat dijual.

    Kenapa biarkan pemaju bertindak sesuka hati dengan membina banggunan2 separuh kosong atau taman perumahan yang tak terjual..?
    Sama juga ceritanya dengan speculator perumahan.
    beli rumah.. tunggu siap... bila dh siap terus nak dijualnya dengan harga tinggi..?

    Makan akhirnya, disewakan kepada pekerja asing (macam sardine)
    rakyat Malaysia duduk flet..warga asing duduk semiD atau 3 story terrace.

    Kebodohan siapa..?
    Pemaju dan speculator.

    Kerajaan buat apa..?
    NGANGA dan akhirnya nk jual kepada org cina dari luar Negara.

    PANDAINYERRR

    BalasPadam
  2. Turunkan je harga rumah, senang..
    Tak habis2 nak anak-tirikan rakyat tempatan.
    Pastu bg IC terus?

    BalasPadam
  3. Pemaju berlumba2 buat rmh, buat yg mahal2.. Tak terjual.. Akhirnya, kerjaan terpaksa tunduk kat pemaju utk jual pada org luar.. Kerajaan, patut sudah buat kajian tentang hala negara.. Apa guna, negara dilihat gah dan maju, tapi rakyat hidup dlm tekanan..dgn kos hidup yg tinggi..hutang sana sini

    BalasPadam
  4. Bukan Tun Mahathir yang bertegas supaya tidak jual property pada warga luar?

    BalasPadam
  5. Cara klasik untuk memerintah:

    Kalau do-it tak ada, salahkan pemerintah sebelumnya

    Kalau rumah tak laku jual pada org luar.. konon2 mesra taugeh gitu.

    Kalau jerebu tak dapat hendel, sume itu adalah legasi bossku!!!???



    BalasPadam