Header Ads

ads header

Flash News

Inkues Adib: Pemuda Umno mahu peguam negara letak jawatan, minta maaf


PETALING JAYA: Pemuda Umno menyambut baik keputusan inkues yang mendapati kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim berpunca dari perbuatan jenayah akibat dipukul, dan menggesa Peguam Negara Tommy Thomas meletakkan jawatan dan meminta maaf.

Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki berkata peguam negara wajar meminta secara terbuka atas kekhilafan besar kerana memfailkan afidavit berunsur skandal dan subjudis dengan mengambil posisi bahawa Adib tidak dibunuh, yang jelas mendahului prosiding inkues.

Kata beliau, Pemuda Umno juga mahu polis mengambil tindakan segera tanpa menangguh lagi untuk mengenal pasti dan menyiasat suspek bertanggungjawab ke atas kematian Adib.

“Mendesak agar pihak berkuasa turut menyiasat dan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang mencetuskan dan membuat kenyataan berunsur hasutan sehingga berlakunya rusuhan pada malam kedua di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield sehingga menyebabkan kematian Adib,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan.

Pagi tadi, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Adib yang parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, tahun lepas adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua individu yang tidak diketahui.

Pemuda Umno juga menurut beliau, mendesak Exco Selangor V Ganabatirau meletakkan jawatan secara terhormat dan diambil tindakan tegas dari segi undang-undang kerana bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan jahat mendakwa orang Islam menyerang kuil tersebut.

Kata beliau, pihaknya mendesak empat orang menteri iaitu M Kulasegaran, P Waytha Moorthy, Gobind Singh Deo dan Xavier Jayakumar disiasat dan dipertanggungjawabkan kerana mengeluarkan kenyataan bersama berbaur hasutan sehingga menyemarakkan lagi api kemarahan masyarakat Hindu.

“Dengan ini Pemuda Umno sekali lagi secara tegas mendesak kerajaan dan pihak berwajib mengambil tindakan tanpa pilih kasih supaya keadilan terhadap arwah Adib yang lama tertangguh dapat disegerakan,” kata beliau.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan