Header Ads

ads header

Flash News

Iskandar ingatkan Zuraida bukan menteri perumahan Hong Kong


Ketua Penyelaras Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (Reach), Iskandar Abdul Samad mengingatkan Zuraida Kamaruddin supaya memainkan peranannya sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk rakyat Malaysia dan bukannya untuk warga Hong Kong dan China.

Beliau mengulas kenyataan Zuraida berhubung cadangan kerajaan menjual rumah mewah yang belum dapat dijual kepada pembeli luar negara seperti Hong Kong dan China.

Iskandar berpendapat langkah tersebut secara tidak langsung menyisihkan pembeli tempatan dan akan menyebabkan pemaju menaikkan harga rumah di negara ini.

“Oleh itu, Reach mengingatkan Menteri Perumahan bahawa beliau adalah Menteri Perumahan Malaysia dan bukan Menteri Perumahan Hong Kong atau negara China. Selesaikan masalah rakyat Malaysia dan bukan rakyat negara lain.
Iklan

“Pembeli tempatan akan terpaksa bersaing dengan pembeli dari Hong Kong dan China, persaingan yang wujud boleh menyebabkan para pemaju meningkatkan harga rumah.

“Memandangkan pembeli dari negara luar memiliki keupayaan kewangan yang lebih maka akhirnya pembeli tempatan akan ketinggalan. Pembelian rumah-rumah tersebut akan dimonopoli oleh pembeli luar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Kelmarin Malaysiakini melaporkan, Zuraida mencadangkan agar kempen pemilikan rumah (HOC) digerakkan bagi menarik pembeli dari luar negara - seperti China dan Hong Kong - untuk menyelesaikan isu lambakan rumah tidak terjual di negara ini.

Beliau yang juga naib presiden PKR menjelaskan kempen itu bagaimanapun terhad untuk rumah-rumah mewah.

Namun, katanya perkara itu masih belum diputuskan dan akan dirujuk ke kabinet serta dibincangkan dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi.

'Budaya hidup warga asing berbeza'

Bagaimanapun, selepas menerima pelbagai reaksi, anggota parlimen Ampang itu semalam menjelaskan kerajaan mencadangkan kempen ekspo perumahan di luar negara melalui program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dan bukanlah kempen pemilikan rumah (HOC).

Iskandar yang juga bekas exco Selangor dan naib presiden PAS juga menggesa Zuraida mempertimbangkan cadangan tersebut dan sebaliknya menambah baik program-program perumahan rakyat sedia ada.

“Walaupun rumah-rumah yang terlibat merupakan rumah-rumah bernilai tinggi namun kebanjiran rakyat Hong Kong dan negara China ke negara ini akan merubah komposisi masyarakat di bandar-bandar besar.

“Budaya dan cara hidup warga asing yang berbeza boleh menggugat stabiliti dan keharmonian masyarakat.

“Hari ini kita menghadapi masalah dengan warga asing yang sedia ada maka tidak perlu ditambah kumpulan yang baru,” katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan