Header Ads

ads header

Flash News

'Putih' di PWTC seawal azan Subuh


KUALA LUMPUR: Bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) meriah dibanjiri warna putih seawal berkumandangnya azan Subuh dengan kehadiran muslimat PAS dan wanita Umno seluruh Malaysia.

Sejurus selesai sarapan yang disediakan kepada semua hadirin, solat dan gelombang munajat mengambil tempat kira-kira jam 8.00 pagi di aras tiga serta dipimpin oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Majlis bersejarah Himpunan Wanita Penyatuan Ummah,julung kali ini diteruskan di Dewan Tun Husein Onn, aras dua yang menampilkan ketokohan dua pemimpin wanita parti keahlian Melayu/Islam teramai di Malaysia.

Melalui Tadabbur Surah As-Saff yang dikupas oleh Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan Dato' Dr Noraini Ahmad membuka tirai sementara sebelum itu lagu rasmi kedua-dua parti itu bergema mengisi ruang dewan bertuah itu.

Bekas Ahli Parlimen Baling dan juga dahulunya salah seorang salebriti televisyen, Dato' Dr Mashitah Ibrahim berjaya mencuit hadirin dengan celotehnya sebagai moderator pagi itu.

Sementara gandingan mantap antara Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia, Husna Hashim dan Ketua Penerangan Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Dato' Nor Asyiken, sebagai pengerusi majlis berjaya menceriakan suasana.

Sejurus selesai tadabbur Surah As-Saff, Pentas Anak Muda mengambil tempat dengan menampilkan persembahan lincah seni silat dari Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia. Selain itu sedikit tutorial berkenaan kepentingan seni mempertahankan diri untuk kaum wanita terutama golongan muda, juga diadakan.

Sementara itu isu-isu negara terkini diulas oleh Ketua Pengarah Ameerah Malaysia, Zuraida Mohd Noor dan Ketua Puteri Umno Malaysia, Dato' Zahida Zarif Khan. Aspirasi semangat kepada golongan muda sebagai pencetus perubahan lanskap politik negara disuntik demi melihat PH tersisih pada PRU15 nanti.

Deklamasi sajak bertajuk Warkah Untuk Tanah Melayu dari Al-Aqsa oleh Siti Qadwah Anuar dan toturial pemakaian shawl dari pengasas pakaian muslimah, Izah Jasmon, berjaya memukau hadirin menjadi acara penutup yang berakhir hampir jam 1.00 petang.

Majlis tautan kasih dua itu dihadiri oleh kepimpinan muslimat dan wanita tertinggi kedua-dua parti sementara ribuan hadirin dari setiap peringkat seluruh Malaysia. - HARAKAHDAILY 13/9/2019



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan