Header Ads

ads header

Flash News

Pengasingan etnik sejak kecil punca perpaduan kaum rapuh – Teo Kok Seong


Isu perpaduan kaum dan perkauman masih lagi menghantui masyarakat Malaysia meskipun negara sudah 62 tahun mencapai kemerdekaan disebabkan Dasar Integrasi Nasional (DIN) berbanding asimilasi dalam pembentukan negara bangsa.

Integrasi merujuk kepada proses penyatuan masyarakat yang berasal daripada latar belakang, budaya,cara hidup yang berbeza disatukan menjadi komuniti nasional.

Lantaran itu, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, dasar ini telah menjadikan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum ini hidup dalam keadaan berpuak-puak walaupun dalam kehidupan nasional.

Beliau mengambil contoh penubuhan tiga jenis sekolah – sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Penubuhan SJKC dan SJKT ini menunjukkan bahawa orang Cina masih boleh menjadi Cina, begitu juga dengan kaum India dan diiktiraf di peringkat kebangsaan.

Malaysia tidak seperti Indonesia yang mengamalkan Dasar Asimilasi.

Menjelas lanjut, Teo menambah, walaupun sukatan pelajaran dan kurikulum sama tetapi bahasa pengantar yang digunakan di SK dalam bahasa Melayu, SJKC dalam bahasa Mandarin dan SJKT dalam bahasa Tamil menyebabkan hasil ‘pengeluarannya’ berbeza-beza.

Ini selari dengan hipotesis Sapir-Whorf menyatakan bahasa boleh mempengaruhi pemikiran.

“Sebab itulah hasilnya lain-lain, padahal belajar benda yang sama. Bezanya mereka diajar dan pelajari dalam bahasa yang berbeza. Maka ini menyebabkan pemikiran berbeza-beza.

“Sebab bahasa mempengaruhi perwatakan, pembawaan diri dan pemikiran. Ini kerana, bahasa berlaku dalam bentuk peribahasanya, perkataan dan bentuk-bentuk lain” katanya dalam satu pertemuan bersama MalaysiaGazette.

Tambahnya, pemimpin dahulu percaya kaum-kaum ini masih boleh bersatu padu, tidak mendatangkan kemudaratan walaupun hidup berpuak-puak.

Namun hakikatnya, kata Teo, meskipun sudah berusia 62 tahun merdeka, rakyat Malaysia tidak bersatu walaupun membabitkan isu kecil seperti tulisan Jawi.

Ini kerana, katanya, asas penting pembentukan negara bangsa melalui pendidikan telah bergerak secara berasingan dan ia menjadi punca kaum-kaum di Malaysia masih renggang.

“Apa yang kita tanam dahulu, inilah hasilnya yang kita dapat sekarang kerana integrasi memang sifatnya begitu.

“Masih berpecah-pecah, tak boleh bersatu padu dengan baik, rapuh. Kalaupun ada perpaduan, ia hanya berlaku pada tahap sosial sahaja.

“Ia terhad kalau dalam majlis ada Melayu, Cina dan India, tapi kalau kita tengok interaksi tidak ada pun. Kita masih duduk berpuak-puak, Kita mengada-adakan perpaduan, kalau ada persembahan pun – ada Melayu, Cina dan India tetapi ia terhad sahaja,” katanya.

Lagipun, sifat perkenalan antara kaum ini umpama kenal-kenal Cina (tidak mesra).

“Selepas 62 tahun merdeka, kita mengenal kaum-kaum sekadar kulit putih, dia Cinalah, tidak lebih daripada itu. Tidak ada persahabatan yang mendalam, ” ujar Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) dan Felo Utama Bersama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia itu.

Lebih buruk lagi, apabila defisit kepercayaan berlaku dalam kalangan kaum di negara ini dan contohnya adalah penolakan Sekolah Wawasan oleh kaum bukan Melayu kerana mendakwa rancangan licik orang Melayu untuk memelayukan anak Cina dan mengislamkan mereka.

“Padahal, orang bukan Melayu masuk Islam bukan sebab berkawan, sekolah wawasan dan tulisan jawi. Tapi sebab jodoh. Semua ini adalah manifestasi defisit kepercayaan, curiga-mencurigai.

Ini semuanya berpunca akibat daripada kurang mengenali dan tidak bergaul antara satu sama lain disebabkan sistem pendidikan negara membenarkan pengasingan etnik berlaku pada usia yang cukup muda.

“Bermula tadi, sekolah rendah dan apabila kita hendak mencantumkan mereka di sekolah menengah, usaha itu tidak menjadi,” katanya. – MalaysiaGazette

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan