Header Ads

ads header

Flash News

Sebelum Mahu Hapuskan Pencen Penjawat Awam, Hapuskan Pencen Menteri Lebih Dulu


Kerajaan dilaporkan dalam perancangan untuk menghapuskan skim pencen dengan lantikan baru penjawat awam di masa akan datang hanya akan dilakukan secara kontrak.

Lantikan kontrak itu adalah bagi menggantikan skim tetap dan berpencen yang menjadi amalan selama ini.

Dilaporkan bahawa perubahan ini dapat menjimatkan wang kerajaan sebanyak RM5 bilion setahun di mana sekarang ini bayaran pencen yang ditanggung kerajaan mencecah RM28 bilion setahun.

Wajarkah cadangan Jabatan Perkhidmatan Awam ini?

Sedarkah kerajaan bahawa majoriti penjawat awam ialah orang Melayu dan Bumiputera?

Apakah kerajaan benar-benar sudah ketiadaan wang atau PH yang menjadi kerajaan sekarang tidak lagi memerlukan undi penjawat awam yang berjumlah kira-kira 1.6 juta orang ramainya?

Jika masih memerlukan undi mereka yang kita tahu ramai daripada mereka menjadi pengundi PH dalam pilihanraya umum lalu, kerajaan mesti menolak cadangan Jabatan Perkhidmatan Awam ini.

Cadangan ini langsung tidak praktikal dan hanya menunjukkan kelemahan PH yang baru 15 bulan menjadi kerajaan.

Ia secara langsung akan menyebabkan penjawat awam tidak lagi menyokong PH dan mereka akan beralih kembali mengundi BN dalam pilihanraya akan datang.

Lagi pula, jika mahu menjimatkan wang kerajaan, bukan skim pencen untuk penjawat awam yang perlu dihapuskan.

Sebaliknya, kerajaan sepatutnya terlebih dahulu menghapuskan skim pencen untuk menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen yang selama ini layak menikmatinya jika mereka berkhidmat melebihi tempoh tiga tahun.

Sesungguhnya dengan hanya tiga tahun menjadi menteri, timbalan menteri atau Ahli Parlimen tetapi sudah layak menikmati pencen puluhan ribu setiap bulan selepas berusia 55 tahun, ini lagi merupakan suatu pembaziran yang nyata dalam perbelanjaan wang kerajaan.

Dalam tempoh tiga tahun berkhidmat, tidak memadai sumbangan mereka dalam khidmat kepada rakyat dan negara yang melayakkan untuk diberi pencen penuh dengan menggunakan dana kerajaan.Seharusnya selepas berkhidmat sekurang-kurangnya dua penggal atau 10 tahun, barulah menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen layak menikmati pencen yang sama seperti kakitangan awam yang biasanya perlu mencurah bakti kepada kerajaan melebihi 25 tahun sebelum bersara. - Shahbudindotcom
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. sepatutnya...dengan gaji besar seperti mereka itu,
    tak patut dapat bonus pun.

    dah la ahli parlimen yang berjasa itu cuma sekelumit.
    yang lain2 macam lutong jelutong tu layak ka dapat bonus..?
    aku rasa gaji pun dia tak layak dapat.

    BalasPadam