Header Ads

ads header

Flash News

Sekolah diberi amaran isu larangan bacaan doa, kursus dalam bahasa Cina


PETALING JAYA: Pentadbir sekolah diberi amaran oleh Kementerian Pendidikan bahawa tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan pendidikan, selepas isu tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Pengarah Pelajaran Amin Senin berkata kementerian mengambil maklum isu larangan bacaan doa sempena Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar 2019 di Sekolah Kebangsaan Methodist, Pulau Pinang.

Kementerian juga mengambil maklum isu penceramah menyampaikan Kursus Pendidikan Seni Visual dalam bahasa Cina sepenuhnya di sebuah sekolah di Perak, yang tidak dinamakan.

“Peringatan tegas telah diberikan kepada pihak pentadbir sekolah-sekolah berkenaan kerana melanggar Peraturan-peraturan Pendidikan.

“Kementerian juga sedang mempertimbang tindakan tatatertib jika perlu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amin merujuk kepada Garis Panduan Pengurusan Majlis/Program/Acara dan Pengurangan Amalan Protokol & Sambutan di Bahagian/Jabatan Institusi Pendidikan, dan Akta Pendidikan dan Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan).

“Peringatan yang sama juga telah diberikan kepada semua sekolah agar mematuhi semua Akta Pendidikan dan surat-surat siaran,” katanya.

Amin memberi amaran ketidakakuran boleh membawa kepada tindakan tatatertib dan tindakan lain yang sesuai terhadap pihak pentadbir sekolah.

“Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan,” katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan