Header Ads

ads header

Flash News

Tema perpaduan ummah kekal: Asyraf Wajdi


KUALA LUMPUR – Tema perpaduan ummah yang akan diangkat dalam projek kerjasama UMNO dan Pas tidak akan ditukar kepada perpaduan nasional seperti khabar angin yang tersebar, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurut beliau, ura-ura yang mendakwa projek kerjasama UMNO dan Pas yang bertemakan perpaduan ummah mungkin akan ditukar kepada perpaduan nasional untuk menjadikan ia lebih inklusif kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini adalah tidak benar sama sekali.

“Tak ada pertukaran tema. Kita akan kekalkan perpaduan ummah kerana konotasi ummah itu sudah inklusif merangkumi semua kaum.

“Nabi Muhammad SAW orang pertama yang menggunakan perkataan ummah dalam Piagam Madinah kerana ummah sudah membawa maksud semua kaum,” katanya kepada Sinar Harian.

Asyraf menambah, pada 14 September ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengisytiharkan nama piagam kerjasama dua parti itu dengan tema perpaduan ummah.

“Nama piagam akan diumumkan 14 September ini, tema perpaduan ummah itu kekal,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, nama piagam pemeteraian kerjasama antara UMNO dan Pas hanya akan diumumkan pada 14 September ini.

“Saya tak boleh dedahkan apa-apa, 14 September ini kita akan umumkan,” katanya ringkas.

Manakala, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, sekadar menyatakan beliau tidak tahu sama ada tema itu ditukar daripada perpaduan ummah kepada perpaduan nasional.

“Saya tak tahu, cuba cari sumber yang buat dakwaan itu, Presiden akan umum,” ujarnya.

Hari ini, Malaysiakini melaporkan, menurut sumber, penggunaan kalimah "ummah" akan ditukar kepada nasional kerana ada pihak dalam parti terbabit bimbang ia disalahertikan kepada agenda khusus untuk orang Islam semata-mata.

Sedangkan, katanya, kerjasama tersebut dibina dengan merangkumi rakyat Malaysia berbilang kaum.

Penyatuan nasional mungkin menjadi tema baharu bagi piagam kerjasama UMNO dan PAS yang akan dimeterai pada 14 September nanti.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan