Air mata Firdaus Wong tumpah pimpin ibu sendiri peluk Islam
HARI ini mungkin menjadi detik paling istimewa bagi penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung apabila ibunya mengambil keputusan memeluk agama Islam.
Lebih menyentuh perasaan, beliau yang mesra dengan panggilan Ustaz Firdaus memimpin sendiri ibunya mengucapkan dua kalimah syahadah.
Kedua anak beranak itu kemudiannya dilihat berpelukan dengan Firdaus gagal menahan sebak dan mengalirkan air mata.
“Setelah 14 tahun saya memeluk Islam, hari ini ibu tercinta saya pula dengan mengucapkan syahadah. Allahuakbar.

“Ini bukan syahadah pertama yang saya kendalikan tetapi ini adalah syahadah yang saya paling nervous dan sebak kerana yang mengucap syahadah adalah ini adalah ibu saya sendiri.
“Saya tidak dapat menahan airmata saya seusai ibu saya mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluknya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Firdaus merupakan aktivis dan penceramah yang aktif termasuk di media sosial, malah memainkan peranan yang signifikan dalam melontarkan isu kepentingan agama Islam.
Beliau juga beberapa kali berdepan serangan golongan ekstrem yang sengaja mempotretkan imej negatif terhadap Islam.
Mengulas lanjut, Firdaus dalam hantaran itu memohon sahabat dan pengikutnya terus menyokong dan mendoakan keluarganya dan berharap ayah, kakak, abang, anak saudara, keluarga mertuanya saya juga dikurniakan hidayah. “Doakan kita semua istiqomah di dalam Islam dan mati sebagai Muslim,” ujarnya.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
❐ SAKIT BELAKANG Bertahun-tahun, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa ....... Klik SEKARANG untuk info lanjut!!!
❐ Anda ada masalah KARANG GIGI? Ini cara CEPAT untuk membuang karang gigi. Klik sini SEKARANG!!
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
❐ SAKIT BELAKANG Bertahun-tahun, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa ....... Klik SEKARANG untuk info lanjut!!!
❐ Anda ada masalah KARANG GIGI? Ini cara CEPAT untuk membuang karang gigi. Klik sini SEKARANG!!
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Moga Allah merahmati kamu sekeluarga .
BalasPadamAlhamdulillah !
BalasPadamSemogaAllah memberkati kehidupan suadara Wong sekeluarga dan umat seluruhnya.Kita bersaudara seakidah wlpun Cina dan Melayu
BalasPadamKami Melayani Pemesanan dan Pemasangan Mesin Fingerprint, Software Absensi, dan Aplikasi Mobile Monitoring, untuk Wilayah Kota/Kabupaten di Provinsi Lampung
BalasPadamMoga Allah anugerahkan taufiq, a'ainah & nusrah serta kekuatan kepada Melayu Islam.
BalasPadamDan memberi hidayah & taufiq kpd seluruh cina & india di Malaysia ke arah penyatuan aqidah bersama2 selamanya di jalan Allah
Semoga Allah bag taufiq dan hidayah buat keluarga ustaz yg belum islam kembali kpd Islam in shaa Allah.
BalasPadam