Header Ads

ads header

Flash News

Apa Cerita Dr Zakir Naik Sekarang?


Alhamdulillah sempat bertandang ke rumah Dr. Zakir Naik yang agak menyepi kebelakangan ini bertanya khabar.

Setiap kali bertemu, wajah beliau selalu kelihatan seperti tidak cukup tidur. 17 jam bekerja sehari katanya, mengurus dan memantau aktiviti dakwahnya di seluruh dunia.

Saya bertanya kepada beliau: “After what happened with all these controversial issues and pressures recently, do you still prefer to stay in Malaysia over all other muslim countries?”.

Jawab beliau: “Of course Malaysia much more!”, lalu beliau kongsikan beberapa sebabnya kepada kami.

Antara yang menarik, secara umum beliau melihat orang muslim Malaysia antara yang paling baik praktis agamanya dan paling sayangkan Islam berbanding tempat lain selain negara Gulf Countries.

MasyaAllah tinggi sungguh sangkaan baik dan tanggapan beliau terhadap kita sekalipun selepas segala ujian serta ribut badai yang menimpanya.

Alhamdulillah yang masih meneguhkan beliau untuk terus bersama saudara-saudara seagamanya di negara tercinta!

-Dr. Kamilin Jamilin-



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan