Header Ads

ads header

Flash News

Sapa lagi terer menipu, dia kaya la...


Tiga hari lepas keluar berita baik untuk penternak. Benda baik kita sokong la...tak kan nak bantah juga.

Tahniah Menteri Pertanian. Hari ni Menteri Pertanian jadi budak baik, aku pulak nak cerita macam mana aku pernah jadi budak jahat.

Projek kambing pawah ni bukan benda baru. Nama saja baru tapi dari mula aku bela kambing tahun 2001 dulu dah ada kambing pawah ni. Cuma, aku tak pernah apply sebab leceh.

Syarat kelayakan, kita kena buat reban dulu. Reban dah nak reput, kambing tak sampai. Bila dekat pilihanraya, baru berebut Menteri menyampaikan kambing pawah. Sepuluh ekor boleh cari makan ka? Akhirnya, dapat kambing, depa pawah kat orang lain pulak.

Melihat kepada bajet dan jenis kambing yang diberikan kepada penternak, aku rasa lagi untung membekalkan kambing pawah daripada menerima kambing pawah.

Aku berkomplot dengan seorang pembekal kambing di Buntong. Kepala gangster. Bisnis dia seludup kambing dan lembu dari Thailand Dia ni ada banyak connection dengan JPV. Cuma disadvantage dia ialah, dia berbangsa India. Jadi, India dengan Melayu buat syarikat Ali Babu.

Macam mana kami buat duit?

Bajet untuk sepuluh ekor kambing yang dipawahkan kepada penternak ialah 10,000 ringgit. Ataupun hitung panjang seribu seekor.

Sekali kami smuggle kambing dari Siam, kira-kira 500 ekor. Penuh satu trailer. Bukan seludup dua tiga ekor ikut hutan.

Sepanjang perjalanan dari Bukit Kayu Hitam sampai Ipoh, ada banyak tol yang perlu dibayar. Semua pakai Touch n Go, kira bulan

Tol Kastam, Tol UPP, Tol JPV...tiga tol ni saja dah habis 300 kalau satu tol seratus untuk seekor yang diseludup.

Sampai Ipoh ada pulak tol kuarantin. Seratus lagi. Nak dapat kontrak, kena tol lagi seratus.

Daripada seribu bajet untuk seekor kambing, lima ratus habis kat tol.

Kambing yang dismuggle dari Siam bukan ada gred F5, F4, F3 etc...yang ada semua rojak. Hanya dikenali dengan gred A,B,Chai. Harga pun pukulrata 200-300 ringgit sekor.(Ini cerita tahun 2013 Tau. Sekarang tak dapat dah harga ni.)

Keluar kuarantin, kami bawa balik kandang. Gred A kami boleh jual sekitar 600-700 sekor. Gred B yang berat 25-35 kilo, boleh jual sekitar 450-600 sekor.

Gred C atau chai, kami supply kat JPV untuk program kambing pawah.

Lima ratus pun lima ratus la. Tolak duit kopi kakitangan JPV, tolak duit sponsor Menteri nak datang, masih boleh cari makan.

Tapi...kesian la kat kawan-kawan yang dapat kambing pawah setengah mati. Nak buat macam mana...aku pun nak cari makan maaa...

Lagi pun, aku bukan tipu penternak. Aku tipu kerajaan saja.

Tapi kerja menipu ni bukan boleh tahan lama. Maklum la...kita dikelilingi oleh penipu. Sapa lagi terer menipu, dia kaya la.

Aku harap kerajaan tak terlibat dalam penipuan ini. Tapi kalau nak tipu pun takpa. Bukan ada dalam manifesto pun.

MAT SAMAN KATI





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan