Header Ads

ads header

Flash News

Dividen LTAT rendah, Hishammuddin sifatkan Mat Sabu gagal


KUALA LUMPUR: Kecewa dengan pengumuman dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang dianggap terendah sejak 1973, Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal menguruskan Kementerian Pertahanan dengan baik.

Hishammuddin juga mendakwa Mohamad dan kerajaan PH terus memperjudikan kebajikan anggota tentera dan warganya sejak mengambil alih pentadbiran negara setahun lebih yang lalu.

"Tak payahlah difokuskan 'gajah bertembung, rumput mati di tengah-tengah' tu. Fokuslah kepada kebajikan anggota ATM, perwira sebenar kita semua yang rela mati demi negara!

"Kerajaan PH khususnya Mindef perlu ambil tanggungjawab dan jelaskan kepada rakyat cerita sebenar di sebalik kegagalan ini.

"Jangan hanya suka baling batu sembunyi tangan, rakyat sudah bosan!" katanya dalam satu hantaran terbaru di laman Facebooknya.

Hishammuddin mendesak agar pemimpin PH berhenti menyalahkan pentadbiran sebelum ini atas kegagalan mereka mentadbir negara.

"Semua orang tahu, selepas PH menang PRU14, dua aset terbesar LTAT iaitu Boustead dan Affin Bank alami kejatuhan nilai saham yang paling teruk dalam sejarah.

"Itu belum lagi cerita Hotel Royal Chulan milik Boustead dijual kepada Singapura dengan harga rendah dari pasaran," katanya lagi.

Menurut bekas Naib Presiden UMNO itu, belum pernah dalam sejarah LTAT dividen diumumkan lewat berbulan-bulan hingga masuk ke bulan Oktober.

"Tahun 2016 dulu, apabila kita umum dividen 12 peratus bagi tahun kewangan 2015, Rafizi Ramli melenting sampai hendak buat analisa kewangan serta bawa LTAT ke mahkamah.

"Sekarang agak-agak beliau hendak buat apa pula ya? Ke diam seribu bahasa je?" soal Hishammuddin.

Pada Isnin, LTAT mengumumkan dividen sebanyak 2.0 peratus bagi ahlinya untuk tahun kewangan 2018 berakhir 31 Disember 2018.

Bercakap pada sidang media di sini, Ketua Eksekutif LTAT, Nik Amalizan Mohamed berkata, dividen itu berdasarkan hasil yang diraih bagi FY18 walaupun mencatat kemerosotan ketara sebanyak 51.9 peratus kepada RM221.0 juta.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan