Header Ads

ads header

Flash News

Biar BN kalah di Tanjung Piai demi kemenangan lebih besar


BN disarankan meletakkan calon dari MCA bagi merampas kembali kerusi Parlimen Tanjung Piai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan nanti, kata Dr Khir Toyo.

Bekas menteri besar Selangor itu berkata, ia penting untuk Umno menghantar isyarat jelas bahawa Muafakat Nasional antara parti itu dengan PAS bukan sekadar untuk orang Melayu saja.

"Pandangan saya BN wajar meletakkan calon Cina, tetapi bukan dari pemimpin besar MCA, tetapi calon Cina orang tempatan yang boleh diterima oleh pengundi tempatan, oleh pengundi Melayu.

"Jika kekalahan yang BN perolehi, ia tidak ubah kedudukan BN sebagai pembangkang tetapi rakyat akan bertambah yakin kejujuran Umno dan PAS untuk memimpin negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dan menjadi kerajaan untuk semua.

"Dan ini juga akan nafikan bahawa Umno dan PAS berjuang untuk Melayu dan gerakan perkauman yang perlu ditolak rakyat," katanya melalui satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Pemimpin akar umbi Umno dan MCA kini sedang "melobi" untuk bertanding dalam PRK Tanjung Piai.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK Parlimen Tanjung Piai akan diadakan pada 16 November, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 2 November.



PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Dr Md Farid Md Rafik dari Pakatan Harapan-Bersatu pada 21 Sept lalu akibat komplikasi jantung.

Pada PRU lalu, Allahyarham memenangi kerusi berkenaan apabila memperolehi 21,255 undi menewaskan Wee Jeck Seng (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS) dengan majoriti 524 undi.

Wee memperolehi 20,731 undi manakala Nordin, 2,962 undi.

'Rela kalah demi kemenangan lebih besar'

Sementara itu Khir berkata, calon Umno lebih berpeluang untuk menang dengan majoriti tinggi tetapi kemenangan itu mungkin merosakkan peluang parti itu membentuk kerajaan pada PRU ke-15.

Beliau juga mengakui sukar untuk BN mencapai kemenangan dengan mengekalkan calon MCA berdepan Bersatu yang mempertaruhkan calon Melayu di kawasan 57 peratus pengundi Melayu dan 43 peratus pengundi Cina.

Katanya ia ditambah pula sikap MCA yang tidak begitu setuju dengan Muafakat Nasional, malah sikap sombong parti itu membuatkan ramai pemimpin Umno dan PAS 'terkilan serta berasa hati.'

Bagaimanapun Khir berkata adalah penting bagi Umno dan PAS untuk memberi isyarat jelas kesediaan Muafakat Nasional mewakili semua kaum dan memimpin negara selepas PRU ke-15 nanti.

"Kita perlu rela mengalami kekalahan di PRK (Tanjung Piai) demi untuk kemenangan yang besar di PRU ke-15 akan datang," katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan